BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 9, 2010

LATIHAN MINDA TERHADAP PRESTASI ATLET (BRAIN GYM)

Kecergasan fizikal dan mental selalu dikaitkan dengan aktiviti sukan. Sememangnya ia telah menjadi syarat utama bagi seseorang atlet atau individu yang melibatkan diri dalam sukan atau pertandingan. Keperluan semakin mendesak apabila mereka melibatkan diri dalam sukan atau pertandingan peringkat tinggi. Kebanyakkan jurulatih beranggapan bahawa kecergasan adalah elemen yang penting dan haruslah berada dalam tahap yang maksima sebelum sesuatu pertandingan berlangsung. Segala program perlulah dirancang dengan rapi dan tersusun bertujuan untuk melengkapkan atlit sama ada pada kecergasan fizikal ataupun kecergasan mental. Kebiasaannya kecergasan fizikal dan mental merupakan faktor penentu bagi kejayaan sesebuah pasukan yang menyertai pertandingan. Pasukan yang terdiri daripada pemain yang memiliki tahap kecergasan fizikal dan mental yang rendah, akan mempamerkan prestasi yang tidak cemerlang semasa bertanding. Justeru itu, pasukan yang menyertai pertandingan dikehendaki menjalani latihan fizikal dan mental secara intensif untuk meningkatkan tahap kecergasan pasukan mereka.
Brain Gym adalah serangkaian latihan yang berasaskan gerakan tubuh sederhana dan ia juga adalah gerakan dinamik yang dapat seimbangkan aktiviti kedua belah otak secara serentak. Seharusnya para jurulatih perlu menitikberatkan latihan minda atau Brain Gym agar gerakan yang dihasilkan dapat merangsang seluruh bahagian otak untuk melakukan sesuatu pelakuan sempurna. Menurut Paul E. Denisson, pakar Brain Gym dari pertubuhan Educational Kinesiology, Brain Bym mampu meringankan kegiatan belajar dan melakukan pemusatan terhadap ketegangan dan tuntutan hidup seharian.
Pada awalnya Brain Gym atau latihan minda dimanfaatkan untuk seseorang yang mengalami gangguan hieraktif, kelembapan otak, kurang konsentrasi dan depresi. Namun dalam perkembangannya, setiap individu umumnya dan atlet khasnya boleh memanfaatkan untuk pelbagai kegunaan terutama dalam persediaan pertandingan sukan.

Langkah-langkah dilakukan:
a)Kedudukan kedua-dua tangan berada dihadapan dada dengan siku dibengkokkan
b)Regangkan kesemua jari.
c)Lakukan sentuhan ibu jari dan jari telunjuk tangan kiri.
d)Lakukan sentuhan ibu jari dan jari kelingking tangan kanan.
e)Lakukan gerakan sentuhan ibu jari tangan kiri pada kesemua jari mengikut urutan.
f)Dalam masa yang sama lakukan gerakan sentuhan ibu jari tangan kanan bermula dari jari kelingking ke semua jari mengikut urutan.

Lakukan secara berulang-ulang.Latihan minda atau Brain
i.Proses pengayaan kebolehan belajar dalam program akademik.
ii.Keseinbangan dari segi sikap dan tingkahlaku.
iii.Meningkatkan kordinasi fizikal dan prestasi sukan.

Otak memiliki dua sisi yang bekerja secara harmonis; otak kiri bersifat akademis, berperan memroses logik, kata, matematik, dan urutan. Otak kanan bersifat kreatif, berhubungan dengan irama, rima, musik, gambar, dan imajinasi. Brain Gym adalah latihan otak yang bertujuan untuk menghubung dan menyelaraskan secara optimal fungsi otak kiri dan otak kanan. Apabila brain gym dilakukan dengan teratur dalam kegiatan pembelajaran di kelas akan menghasilkan kesan positif, seperti mind focusing (konsentrasi fikiran) serta ice breaking (penawar kejenuhan belajar) yang pada akhirnya membantu mewujudkan semangat, motivasi, energi positif dan optimis dalam meraih prestasi.

3.0 MEKANISME KERJA BRAIN GYM

Paul dan Gail E. Dennison, menyatakan otak manusia terbahagi tiga fungsi iaitu, dimensi lateralis (otak kiri-kanan), dimensi pemfokusan (otak depan-belakang) dan dimensi pemusatan (otak atas-bawah). Setiap dimensi memiliki tugas tertentu, sehingga gerakan boleh dipelbagaikan :

i. Dimensi Lateral
Otak terdiri atas dua bahagian, kiri dan kanan dimana masing-masing belahan orat mempunyai tugas tertentu. Apabila kerja sama antara otak kiri dan otak kanan kurang baik, pelajar sukar membezakan antara kiri dan kanan, gerakan kaku, tulisan tangannya kurang baik atau cenderung terbalik, sukar membaca, menulis, mengikuti sesuatu dengan mata, sukar menggerakkan mata tanpa mengikutinya dengan kepala, tangan condong ke dalam ketika menulis, cenderung melihat ke bawah sambil berpikir, keliru dengan huruf (seperti d dan b; p dan q), serta sukar menyebut kata sambil menulis.

ii. Dimensi Pemfokusan
Pemfokusan adalah kemampuan untuk melintasi "garis tengah keterlibatan" yang memisahkan otak bahagian belakang dan depan. Informasi diterima oleh otak bahagian belakang (batang otak atau brainstem) yang merakam. Semua pengalaman dan informasi diproses dan diteruskan ke otak bahagian depan untuk diekspresikan sesuai dengan tuntutan dan keinginannya.
Apabila pelajar merasa takut, gugup atau mengalami stres saat belajar, secara reflek energi ditarik ke otak bahagian belakang, sehingga otak bahagian depan mengalami kekurangan energi. Kesan daripada tindakbalas tersebut, pelajar akan menjadi lupa atau tidak mampu menjawab sesuatu persoalan dengan sempurna. Keadaan tersebut akan wujud apabila individu merasa dirinya dalam keadaan bahaya atau terancam.
Ciri-ciri khas jika otak bahagian depan dan belakang kurang bekerjasama adalah otot tengkuk dan bahu tegang, kurang bersemangat untuk belajar, serta reaksi perlahan. Oleh yang demikian, hambatan otak bahagian belakang menjadikan pelajar terlalu aktif, konsentrasi dan analitik dalam masa yang terlalu pendek, terinci, kurang fleksibel, kadang-kadang agresif, dan kurang rilek atau istirahat untuk memikirkan sesuatu lebih baik. Hambatan otak bahagian depan pula menjadikan pelajar menjadi pasif, suka beragan, bingung apabila stres, hipoaktif (kurang aktif), serta kemampuan untuk memperhatikan kurang.

iii. Dimensi Pemusatan
Pemusatan adalah kemampuan uniuk melintasi garis pemisah antara tubuh bahagian bawah dan atas, sesuai dengan fungsi otak bahagian bawah dan atas, iaitu sistem limbik. Apa yang dipelajari harus dapat dihubungkan dengan perasaan dan rnemberi erti. Apabila kerjasama otak besar (cerebral corteks) dan sistem limbik terganggu, pelajar sukar merasakan emosi atau mengekspresikannya serta dapat mengalami ketakutan yang berlebihan. Dalam keadaan stres, tegangan listrik berkurang di otak besar, sehingga fungsinya akan terganggu.
Ciri khas, otak bahagian atas dan bawah kurang bekerjasama apabila bahagian atas terhambat. Misalnya, pelajar bercakap dan bertindak perlahan, kurang fleksibel, sukar melompat, kurang berkonsentrasi, kurang percaya diri, ragu-ragu, sukar dalam hubungan sosial terutama di sekolah. Apabila bahagian bawah terhambat menyebabkan pelajar cepat hilang keseimbangan, mengabaikan perasaan atau menilai secara negatif, bercakap dan bertindak terlalu cepat.

0 comments: