1.0 TAJUK
Kajian Faktor Guru, Kandungan Kurikulum, Objektif Pengajaran, Masa Pengajaran, Kemudahan Peralatan Yang Boleh Mempengaruhi Tahap Minat Pelajar Tingkatan 1 MRSM Bentong Terhadap Pelaksanaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
2.0 PENYATAAN MASALAH
Pendidikan di Malaysia telah banyak berubah dan kini ianya bertambah mantap terutama dalam awal abad ke-21 ini. Perubahan ini selaras dengan perkembangan ekonomi negara yang sedang meningkat dari semasa ke semasa. Pendidikan dan masyarakat tidak boleh dipisahkan, sama ada di negara maju, negara membangun mahupun negara mundur. Berdasarkan perkara tersebut, maka kerajaan terus membiayai institusi pendidikan dengan kepercayaan bahawa pendidikan itu ialah alat untuk membawa kemajuan yang sejajar dengan kehendak dan aspirasi sesuatu masyarakat mengikut perkembangan semasa.
Sebagai sebuah negara ketiga yang sedang maju, Malaysia perlu menempuhi pelbagai jenis pembangunan termasuk bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, mutu pendidikan negara perlu ditentukan oleh nilai dan kehendak masyarakat itu sendiri. Bagi masyarakat Malaysia, kriteria bagi mutu pendidikan ialah pendidikan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial (JERIS) iaitu mampu menghasilkan masyarakat yang percaya kepada tuhan, bersatu padu, berketrampilan, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu, bertanggungjawab, bermotivasi dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (1987). Konsep ini merupakan lanjutan dari Dasar Pelajaran Kebangsaan. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar seperti latar belakang seseorang pelajar serta tahap potensi dan intelek individu. Ia juga turut dikaitkan dengan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Selain itu, keputusan yang agak mengecewakan ialah masih terdapat sekolah- sekolah tertentu yang beranggapan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kurang penting dan menggunakan waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia pada umumnya tidak menghiraukan isu-isu yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani kerana ia melibatkan mata pelajaran bukan untuk peperiksaan. Justeru, ada di kalangan ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka memberi tumpuan hanya dalam bidang akademik tanpa mengira tentang kesihatan fizikal (Zainun Ishak, 1995).
Ramai yang beranggapan bahawa pelajar-pelajar aliran sains kurang memberi tumpuan terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Mereka dikatakan lebih menumpukan kepada pelajaran yang ada kaitan dengan peperiksaan. Manakala pelajar-pelajar aliran sastera pula dikatakan mempunyai masa dan minat yang lebih terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang diajar di sekolah.
3.0 PERSOALAN KAJIAN
1. Sejauhmanakah faktor guru, kandungan kurikulum, objektif pengajaran, masa pengajaran, kemudahan peralatan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan terhadap pelajar tingkatan 1 MRSM Bentong?
2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara guru dengan kemudahan peralatan yang mempengaruhi minat pelajar tingkatan 1 MRSM Bentong dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan?
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor guru, kandungan kurikulum, objektif pengajaran, masa pengajaran, kemudahan peralatan dengan dengan guru lelaki dan guru perempuan?
4.0 HIPOTESIS KAJIAN
Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara guru dengan kemudahan peralatan yang mempengaruhi minat pelajar tingkatan 1 MRSM Bentong dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor guru, kandungan kurikulum, objektif pengajaran, masa pengajaran, kemudahan peralatan dengan dengan guru lelaki dan guru perempuan.
Monday, August 9, 2010
KAJIAN: DALAM PROSES
Posted by Mohd Izwan Bin Shahril at 7:28 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment