BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 9, 2010

Amateur Bodybuilder Self-Concept: An Exploratory Examination

A. MAKLUMAT ARTIKEL

Tajuk : Amateur Bodybuilder Self-Concept: An Exploratory Examination
Nama Penulis : Jeanne Mekolichick, Radford University Department of Sociology
and Anthropology
Nama Jurnal : Sociology of Sport Online

B. OBJEKTIF


Kajian yang dilakukan oleh penyelidik adalah untuk menilai konsep kendiri pada atlet bina badan amatur. Dalam kajian ini beberapa persatuan telah mengambil bahagian dalam kajian yang telah dijalankan. Kaedah kajian ini dilakukan melalui pos. Terdapat tiga hipotesis telah dikemukan dalam kajian yang dilakukan ini. Pertama, apabila ahli bina badan merasakan identiti diri sangat penting, maka darjah ketulenan terhadap identiti akan meningkat. Kedua, apabila ahli bina badan merasakan identiti sangat penting, maka darjah menghargai pengalaman diri akan meningkat. Ketiga, apabila ahli bina badan merasakan identiti sangat penting, maka darjah menghargai pengalaman diri akan meningkat.

C. SAMPEL DAN INSTRUMENT KAJIAN

Kajian ini dilakukan ke atas lima orang atlet bina badan Kebangsaan Amerika Syarikat yang mana kaedah sampel secara rawak digunakan bagi mendapatkan data kajian.
Kajian ini dijalankan menggunakan tiga alat iaitu Skala Rosenberg Self-Esteem bagi menguji Self-Esteem (harga diri) atlet. Skala Self-Mastery pula digunakan bagi menguji Self-Efficacy dan untuk menguji Psychological Centrality penguji mengemukan beberapa soalan untuk mendapatkan tahap sebenar atlet tersebut dalam pembentukan konsep kendiri atlet.

D. KAEDAH KAJIAN


Kajian ini melibatkan 615 orang ahli NBBA. Kajian ini menggunakan kaedah pos. Borang pertama dalam pra ujian telah dihantar pada awal bulan September, kemudian selang empat minggu borang soal selidik kedua dihantar untuk mendapatkan maklumat. Soal selidik yang berjaya menemui sasaran ialah 553. Jumlah keseluruhan 193 instrumen diterima dan hanya 190 yang dapat digunkan untuk mendapatkan data.

E. DAPATAN KAJIAN

Selepas semua kajian mengenai konsep kendiri dijalankan, keputusan mendapati bahawa beza umur atlit yang diambil ialah antara 17 hingga 76 tahun iaitu kira-kira 33.9 tahun. Tahap pendidikan atlit merangkumi taraf sekolah tinggi, penuntut kolej, penuntut sekolah teknik, pemegang ijazah pertama yang mempunyai pendapatan antara 40-60,000 US dollar setahun. Hasil kajian menunjukkan hipotesis pertama iaitu apabila ahli bina badan merasakan identiti diri sangat penting, maka darjah ketulenan terhadap identiti akan meningkat dan ia amat disokong berdasarkan dapatan kajian. Kedua, apabila ahli bina badan merasakan identiti sangat penting, maka darjah menghargai pengalaman diri akan meningkat dan ia amat tidak signifikan dengan dapatan kajian tersebut. Ketiga, apabila ahli bina badan merasakan identiti sangat penting, maka darjah menghargai pengalaman diri akan meningkat ia juga amat tidak signifikan dengan dapatan kajian..

F. PENDAPAT / KRITIKAN


Daripada kajian yang dijalankan oleh Mekolichick (2001), mendapati bahawa tahap atau konsep kendiri atlit bina badan amatur adalah disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran dan bukannya disebabkan oleh faktor biologi. Faktor-faktor ini memberi kesan ke atas keyakinan diri dalam membentuk jati diri sebagai atlit yang berada dalam peringkat amatur. Tahap pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan pembentukan diri atlit amatur. Justeru itu, melalui teori perkembangan ekologi yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner (2006), kita dapat melihat bagaimana persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan individu. John (2006) menjelaskan mengenai teori ekologi Bronfenbrenner seperti berikut:
Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner (2006) sistem yang paling dekat kepada perkembangan individu ialah mikrosistem. Mikrosistem adalah faktor seperti keluarga, sekolah, rakan sebaya, kawasan kejiranan, agama dan budaya. Ini kerana faktor-faktor tersebut lebih dekat kepada perkembangan individu dalam konteks pendidikan amnya dan penglibatan dalam sukan. Secara tidak langsung ia menyumbang ke arah konsep kendiri atlit. Peranan keluarga juga bukan hanya menyokong dalam bentuk pengajaran lisan (verbal) tetapi juga dengan mewujudkan kemesraan dengan menggalakkan keluarga mereka menyertai pelbagai cara rekreasi yang aktif.
Daripada kajian yang dijalankan oleh Lawrence (2003), mendapati bahawa atlet terpaksa menghadapi situasi bukan sahaja di padang malahan tekanan sosial terpaksa mereka hadapi dalam meneruskan kerjaya mereka di dalam sukan. Bagi menghadapi situasi ini jurulatih perlu memainkan peranan mereka agar atlit mereka yang terlibat dalam situasi ini dapat menghadapi dengan tenang bagi mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Oleh itu peranan agen-agen sosial perlu dalam membantu membebaskan diri mereka dari terus terkepung dalam situasi ini.
Menurut kajian dilakukan oleh Burdsey dan Chappell (2001), mendapati bahawa faktor sosial memainkan peranan penting dalam membentuk sesuatu kepercayaan terutama kepercayaan terhadap kebolehan dan keyakinan diri. Tidak dapat dinafikan, bahawa faktor seperti agama, kepercayaan dan etnik memainkan peranan penting dalam membentuk sesuatu identiti atlet. Selain daripada itu penilaian kajian yang dijalankan oleh Hardin (2001) mendapati bahawa faktor media memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi atlet. Peranan ini perlu teruskan oleh semua pihak agar usaha ini tidak terletak dibahu pihak media sahaja. Masyarakat seperti institusi pendidikan antara pihak yang boleh memainkan peranan ini. Jesteru masyarakat sekeliling harus memberi peluang kepada atlit ini agar mereka tidak merasa tersisih dalam masyarakat hari ini sekaligus meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan yang tinggi dalam bidang yang mereka ceburi.

G. RUJUKAN


Marie Myers Hardin (2001): The ‘Supercrip’ In Sport Media: Wheelchair Athletes Discuss Hegemony’s Disabled Hero. Sociology of Sport Online.

Suzanne Malia Lawrence (2003): An Examination Of The African American Male Athlete’s Experience Of Race In Sport. Sociology of Sport Online.

Daniel Burdsey and Robert Chappell (2001): Soldies, Sashes and Shamrock Football and Social Identity In Scotland and Northen Ireland. Sociology of Sport Online.

0 comments: