BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 9, 2010

KAJIAN: DALAM PROSES

1.0 TAJUK

Kajian Faktor Guru, Kandungan Kurikulum, Objektif Pengajaran, Masa Pengajaran, Kemudahan Peralatan Yang Boleh Mempengaruhi Tahap Minat Pelajar Tingkatan 1 MRSM Bentong Terhadap Pelaksanaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Pendidikan di Malaysia telah banyak berubah dan kini ianya bertambah mantap terutama dalam awal abad ke-21 ini. Perubahan ini selaras dengan perkembangan ekonomi negara yang sedang meningkat dari semasa ke semasa. Pendidikan dan masyarakat tidak boleh dipisahkan, sama ada di negara maju, negara membangun mahupun negara mundur. Berdasarkan perkara tersebut, maka kerajaan terus membiayai institusi pendidikan dengan kepercayaan bahawa pendidikan itu ialah alat untuk membawa kemajuan yang sejajar dengan kehendak dan aspirasi sesuatu masyarakat mengikut perkembangan semasa.
Sebagai sebuah negara ketiga yang sedang maju, Malaysia perlu menempuhi pelbagai jenis pembangunan termasuk bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, mutu pendidikan negara perlu ditentukan oleh nilai dan kehendak masyarakat itu sendiri. Bagi masyarakat Malaysia, kriteria bagi mutu pendidikan ialah pendidikan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial (JERIS) iaitu mampu menghasilkan masyarakat yang percaya kepada tuhan, bersatu padu, berketrampilan, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu, bertanggungjawab, bermotivasi dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (1987). Konsep ini merupakan lanjutan dari Dasar Pelajaran Kebangsaan. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar seperti latar belakang seseorang pelajar serta tahap potensi dan intelek individu. Ia juga turut dikaitkan dengan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Selain itu, keputusan yang agak mengecewakan ialah masih terdapat sekolah- sekolah tertentu yang beranggapan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kurang penting dan menggunakan waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia pada umumnya tidak menghiraukan isu-isu yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani kerana ia melibatkan mata pelajaran bukan untuk peperiksaan. Justeru, ada di kalangan ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka memberi tumpuan hanya dalam bidang akademik tanpa mengira tentang kesihatan fizikal (Zainun Ishak, 1995).
Ramai yang beranggapan bahawa pelajar-pelajar aliran sains kurang memberi tumpuan terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Mereka dikatakan lebih menumpukan kepada pelajaran yang ada kaitan dengan peperiksaan. Manakala pelajar-pelajar aliran sastera pula dikatakan mempunyai masa dan minat yang lebih terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang diajar di sekolah.


3.0 PERSOALAN KAJIAN

1. Sejauhmanakah faktor guru, kandungan kurikulum, objektif pengajaran, masa pengajaran, kemudahan peralatan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan terhadap pelajar tingkatan 1 MRSM Bentong?

2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara guru dengan kemudahan peralatan yang mempengaruhi minat pelajar tingkatan 1 MRSM Bentong dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor guru, kandungan kurikulum, objektif pengajaran, masa pengajaran, kemudahan peralatan dengan dengan guru lelaki dan guru perempuan?

4.0 HIPOTESIS KAJIAN


Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara guru dengan kemudahan peralatan yang mempengaruhi minat pelajar tingkatan 1 MRSM Bentong dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor guru, kandungan kurikulum, objektif pengajaran, masa pengajaran, kemudahan peralatan dengan dengan guru lelaki dan guru perempuan.

LATIHAN MINDA TERHADAP PRESTASI ATLET (BRAIN GYM)

Kecergasan fizikal dan mental selalu dikaitkan dengan aktiviti sukan. Sememangnya ia telah menjadi syarat utama bagi seseorang atlet atau individu yang melibatkan diri dalam sukan atau pertandingan. Keperluan semakin mendesak apabila mereka melibatkan diri dalam sukan atau pertandingan peringkat tinggi. Kebanyakkan jurulatih beranggapan bahawa kecergasan adalah elemen yang penting dan haruslah berada dalam tahap yang maksima sebelum sesuatu pertandingan berlangsung. Segala program perlulah dirancang dengan rapi dan tersusun bertujuan untuk melengkapkan atlit sama ada pada kecergasan fizikal ataupun kecergasan mental. Kebiasaannya kecergasan fizikal dan mental merupakan faktor penentu bagi kejayaan sesebuah pasukan yang menyertai pertandingan. Pasukan yang terdiri daripada pemain yang memiliki tahap kecergasan fizikal dan mental yang rendah, akan mempamerkan prestasi yang tidak cemerlang semasa bertanding. Justeru itu, pasukan yang menyertai pertandingan dikehendaki menjalani latihan fizikal dan mental secara intensif untuk meningkatkan tahap kecergasan pasukan mereka.
Brain Gym adalah serangkaian latihan yang berasaskan gerakan tubuh sederhana dan ia juga adalah gerakan dinamik yang dapat seimbangkan aktiviti kedua belah otak secara serentak. Seharusnya para jurulatih perlu menitikberatkan latihan minda atau Brain Gym agar gerakan yang dihasilkan dapat merangsang seluruh bahagian otak untuk melakukan sesuatu pelakuan sempurna. Menurut Paul E. Denisson, pakar Brain Gym dari pertubuhan Educational Kinesiology, Brain Bym mampu meringankan kegiatan belajar dan melakukan pemusatan terhadap ketegangan dan tuntutan hidup seharian.
Pada awalnya Brain Gym atau latihan minda dimanfaatkan untuk seseorang yang mengalami gangguan hieraktif, kelembapan otak, kurang konsentrasi dan depresi. Namun dalam perkembangannya, setiap individu umumnya dan atlet khasnya boleh memanfaatkan untuk pelbagai kegunaan terutama dalam persediaan pertandingan sukan.

Langkah-langkah dilakukan:
a)Kedudukan kedua-dua tangan berada dihadapan dada dengan siku dibengkokkan
b)Regangkan kesemua jari.
c)Lakukan sentuhan ibu jari dan jari telunjuk tangan kiri.
d)Lakukan sentuhan ibu jari dan jari kelingking tangan kanan.
e)Lakukan gerakan sentuhan ibu jari tangan kiri pada kesemua jari mengikut urutan.
f)Dalam masa yang sama lakukan gerakan sentuhan ibu jari tangan kanan bermula dari jari kelingking ke semua jari mengikut urutan.

Lakukan secara berulang-ulang.Latihan minda atau Brain
i.Proses pengayaan kebolehan belajar dalam program akademik.
ii.Keseinbangan dari segi sikap dan tingkahlaku.
iii.Meningkatkan kordinasi fizikal dan prestasi sukan.

Otak memiliki dua sisi yang bekerja secara harmonis; otak kiri bersifat akademis, berperan memroses logik, kata, matematik, dan urutan. Otak kanan bersifat kreatif, berhubungan dengan irama, rima, musik, gambar, dan imajinasi. Brain Gym adalah latihan otak yang bertujuan untuk menghubung dan menyelaraskan secara optimal fungsi otak kiri dan otak kanan. Apabila brain gym dilakukan dengan teratur dalam kegiatan pembelajaran di kelas akan menghasilkan kesan positif, seperti mind focusing (konsentrasi fikiran) serta ice breaking (penawar kejenuhan belajar) yang pada akhirnya membantu mewujudkan semangat, motivasi, energi positif dan optimis dalam meraih prestasi.

3.0 MEKANISME KERJA BRAIN GYM

Paul dan Gail E. Dennison, menyatakan otak manusia terbahagi tiga fungsi iaitu, dimensi lateralis (otak kiri-kanan), dimensi pemfokusan (otak depan-belakang) dan dimensi pemusatan (otak atas-bawah). Setiap dimensi memiliki tugas tertentu, sehingga gerakan boleh dipelbagaikan :

i. Dimensi Lateral
Otak terdiri atas dua bahagian, kiri dan kanan dimana masing-masing belahan orat mempunyai tugas tertentu. Apabila kerja sama antara otak kiri dan otak kanan kurang baik, pelajar sukar membezakan antara kiri dan kanan, gerakan kaku, tulisan tangannya kurang baik atau cenderung terbalik, sukar membaca, menulis, mengikuti sesuatu dengan mata, sukar menggerakkan mata tanpa mengikutinya dengan kepala, tangan condong ke dalam ketika menulis, cenderung melihat ke bawah sambil berpikir, keliru dengan huruf (seperti d dan b; p dan q), serta sukar menyebut kata sambil menulis.

ii. Dimensi Pemfokusan
Pemfokusan adalah kemampuan untuk melintasi "garis tengah keterlibatan" yang memisahkan otak bahagian belakang dan depan. Informasi diterima oleh otak bahagian belakang (batang otak atau brainstem) yang merakam. Semua pengalaman dan informasi diproses dan diteruskan ke otak bahagian depan untuk diekspresikan sesuai dengan tuntutan dan keinginannya.
Apabila pelajar merasa takut, gugup atau mengalami stres saat belajar, secara reflek energi ditarik ke otak bahagian belakang, sehingga otak bahagian depan mengalami kekurangan energi. Kesan daripada tindakbalas tersebut, pelajar akan menjadi lupa atau tidak mampu menjawab sesuatu persoalan dengan sempurna. Keadaan tersebut akan wujud apabila individu merasa dirinya dalam keadaan bahaya atau terancam.
Ciri-ciri khas jika otak bahagian depan dan belakang kurang bekerjasama adalah otot tengkuk dan bahu tegang, kurang bersemangat untuk belajar, serta reaksi perlahan. Oleh yang demikian, hambatan otak bahagian belakang menjadikan pelajar terlalu aktif, konsentrasi dan analitik dalam masa yang terlalu pendek, terinci, kurang fleksibel, kadang-kadang agresif, dan kurang rilek atau istirahat untuk memikirkan sesuatu lebih baik. Hambatan otak bahagian depan pula menjadikan pelajar menjadi pasif, suka beragan, bingung apabila stres, hipoaktif (kurang aktif), serta kemampuan untuk memperhatikan kurang.

iii. Dimensi Pemusatan
Pemusatan adalah kemampuan uniuk melintasi garis pemisah antara tubuh bahagian bawah dan atas, sesuai dengan fungsi otak bahagian bawah dan atas, iaitu sistem limbik. Apa yang dipelajari harus dapat dihubungkan dengan perasaan dan rnemberi erti. Apabila kerjasama otak besar (cerebral corteks) dan sistem limbik terganggu, pelajar sukar merasakan emosi atau mengekspresikannya serta dapat mengalami ketakutan yang berlebihan. Dalam keadaan stres, tegangan listrik berkurang di otak besar, sehingga fungsinya akan terganggu.
Ciri khas, otak bahagian atas dan bawah kurang bekerjasama apabila bahagian atas terhambat. Misalnya, pelajar bercakap dan bertindak perlahan, kurang fleksibel, sukar melompat, kurang berkonsentrasi, kurang percaya diri, ragu-ragu, sukar dalam hubungan sosial terutama di sekolah. Apabila bahagian bawah terhambat menyebabkan pelajar cepat hilang keseimbangan, mengabaikan perasaan atau menilai secara negatif, bercakap dan bertindak terlalu cepat.

Amateur Bodybuilder Self-Concept: An Exploratory Examination

A. MAKLUMAT ARTIKEL

Tajuk : Amateur Bodybuilder Self-Concept: An Exploratory Examination
Nama Penulis : Jeanne Mekolichick, Radford University Department of Sociology
and Anthropology
Nama Jurnal : Sociology of Sport Online

B. OBJEKTIF


Kajian yang dilakukan oleh penyelidik adalah untuk menilai konsep kendiri pada atlet bina badan amatur. Dalam kajian ini beberapa persatuan telah mengambil bahagian dalam kajian yang telah dijalankan. Kaedah kajian ini dilakukan melalui pos. Terdapat tiga hipotesis telah dikemukan dalam kajian yang dilakukan ini. Pertama, apabila ahli bina badan merasakan identiti diri sangat penting, maka darjah ketulenan terhadap identiti akan meningkat. Kedua, apabila ahli bina badan merasakan identiti sangat penting, maka darjah menghargai pengalaman diri akan meningkat. Ketiga, apabila ahli bina badan merasakan identiti sangat penting, maka darjah menghargai pengalaman diri akan meningkat.

C. SAMPEL DAN INSTRUMENT KAJIAN

Kajian ini dilakukan ke atas lima orang atlet bina badan Kebangsaan Amerika Syarikat yang mana kaedah sampel secara rawak digunakan bagi mendapatkan data kajian.
Kajian ini dijalankan menggunakan tiga alat iaitu Skala Rosenberg Self-Esteem bagi menguji Self-Esteem (harga diri) atlet. Skala Self-Mastery pula digunakan bagi menguji Self-Efficacy dan untuk menguji Psychological Centrality penguji mengemukan beberapa soalan untuk mendapatkan tahap sebenar atlet tersebut dalam pembentukan konsep kendiri atlet.

D. KAEDAH KAJIAN


Kajian ini melibatkan 615 orang ahli NBBA. Kajian ini menggunakan kaedah pos. Borang pertama dalam pra ujian telah dihantar pada awal bulan September, kemudian selang empat minggu borang soal selidik kedua dihantar untuk mendapatkan maklumat. Soal selidik yang berjaya menemui sasaran ialah 553. Jumlah keseluruhan 193 instrumen diterima dan hanya 190 yang dapat digunkan untuk mendapatkan data.

E. DAPATAN KAJIAN

Selepas semua kajian mengenai konsep kendiri dijalankan, keputusan mendapati bahawa beza umur atlit yang diambil ialah antara 17 hingga 76 tahun iaitu kira-kira 33.9 tahun. Tahap pendidikan atlit merangkumi taraf sekolah tinggi, penuntut kolej, penuntut sekolah teknik, pemegang ijazah pertama yang mempunyai pendapatan antara 40-60,000 US dollar setahun. Hasil kajian menunjukkan hipotesis pertama iaitu apabila ahli bina badan merasakan identiti diri sangat penting, maka darjah ketulenan terhadap identiti akan meningkat dan ia amat disokong berdasarkan dapatan kajian. Kedua, apabila ahli bina badan merasakan identiti sangat penting, maka darjah menghargai pengalaman diri akan meningkat dan ia amat tidak signifikan dengan dapatan kajian tersebut. Ketiga, apabila ahli bina badan merasakan identiti sangat penting, maka darjah menghargai pengalaman diri akan meningkat ia juga amat tidak signifikan dengan dapatan kajian..

F. PENDAPAT / KRITIKAN


Daripada kajian yang dijalankan oleh Mekolichick (2001), mendapati bahawa tahap atau konsep kendiri atlit bina badan amatur adalah disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran dan bukannya disebabkan oleh faktor biologi. Faktor-faktor ini memberi kesan ke atas keyakinan diri dalam membentuk jati diri sebagai atlit yang berada dalam peringkat amatur. Tahap pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan pembentukan diri atlit amatur. Justeru itu, melalui teori perkembangan ekologi yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner (2006), kita dapat melihat bagaimana persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan individu. John (2006) menjelaskan mengenai teori ekologi Bronfenbrenner seperti berikut:
Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner (2006) sistem yang paling dekat kepada perkembangan individu ialah mikrosistem. Mikrosistem adalah faktor seperti keluarga, sekolah, rakan sebaya, kawasan kejiranan, agama dan budaya. Ini kerana faktor-faktor tersebut lebih dekat kepada perkembangan individu dalam konteks pendidikan amnya dan penglibatan dalam sukan. Secara tidak langsung ia menyumbang ke arah konsep kendiri atlit. Peranan keluarga juga bukan hanya menyokong dalam bentuk pengajaran lisan (verbal) tetapi juga dengan mewujudkan kemesraan dengan menggalakkan keluarga mereka menyertai pelbagai cara rekreasi yang aktif.
Daripada kajian yang dijalankan oleh Lawrence (2003), mendapati bahawa atlet terpaksa menghadapi situasi bukan sahaja di padang malahan tekanan sosial terpaksa mereka hadapi dalam meneruskan kerjaya mereka di dalam sukan. Bagi menghadapi situasi ini jurulatih perlu memainkan peranan mereka agar atlit mereka yang terlibat dalam situasi ini dapat menghadapi dengan tenang bagi mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Oleh itu peranan agen-agen sosial perlu dalam membantu membebaskan diri mereka dari terus terkepung dalam situasi ini.
Menurut kajian dilakukan oleh Burdsey dan Chappell (2001), mendapati bahawa faktor sosial memainkan peranan penting dalam membentuk sesuatu kepercayaan terutama kepercayaan terhadap kebolehan dan keyakinan diri. Tidak dapat dinafikan, bahawa faktor seperti agama, kepercayaan dan etnik memainkan peranan penting dalam membentuk sesuatu identiti atlet. Selain daripada itu penilaian kajian yang dijalankan oleh Hardin (2001) mendapati bahawa faktor media memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi atlet. Peranan ini perlu teruskan oleh semua pihak agar usaha ini tidak terletak dibahu pihak media sahaja. Masyarakat seperti institusi pendidikan antara pihak yang boleh memainkan peranan ini. Jesteru masyarakat sekeliling harus memberi peluang kepada atlit ini agar mereka tidak merasa tersisih dalam masyarakat hari ini sekaligus meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan yang tinggi dalam bidang yang mereka ceburi.

G. RUJUKAN


Marie Myers Hardin (2001): The ‘Supercrip’ In Sport Media: Wheelchair Athletes Discuss Hegemony’s Disabled Hero. Sociology of Sport Online.

Suzanne Malia Lawrence (2003): An Examination Of The African American Male Athlete’s Experience Of Race In Sport. Sociology of Sport Online.

Daniel Burdsey and Robert Chappell (2001): Soldies, Sashes and Shamrock Football and Social Identity In Scotland and Northen Ireland. Sociology of Sport Online.

PENAKSIRAN PETA MINDA

1.0 PENGENALAN

Peta minda adalah suatu lakaran grafik pemikiran individu dan ia dapat diterjemahkan menjadi sesuatu yang tersirat kepada yang tersurat. Peta minda membolehkan seseorang merangka, mencatat nota, merekod maklumat atau peristiwa dan merupakan alat yang berkesan bagi mendorong pemikiran yang kreatif. Peta minda bukan sahaja menjadi kaedah dalam mengingat ketika mengulangkaji pelajaran malah mampu menjadi salah satu alat pentaksiran ke atas diri pelajar. Pentaksiran melalui peta minda dapat melihat kemampuan kognatif dan afektif seseoarng pelajar dan mampu menjadi salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan meyeronokkan kerana pelajar diberi peluang untuk mengetengahkan pemikiran dan kreativiti yang ada pada diri pelajar.
Dalam membina peta minda hubungan dua hala antara guru dan pelajar akan wujud disebabkan interaksi bagi mendapatkan maklumat atau sebagainya berlaku. Malahan hubungan antara pelajar lain juga turut berkembang jika penghasilan peta minda dilakukan secara berkumpulan. Gabungan idea yang banyak dari semua pelajar akan menjadikan peta minda yang dihasilkan semakin menarik dan sempurna.


2.0 RASIONAL


Hanya segelintir sahaja guru menggunakan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran malah pelajar juga kurang diberi pendedahan tentang cara penggunaan dan membina peta minda. Terdapat juga pelajar tidak mengetahui teknik sebenar dan betul dalam melakar peta minda. Penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran banyak memberi sumbangan yang positif bukan sahaja dalam pembelajaran malah dapat digunapakai dalam menilai pelajar. Rasionalnya penggunaan peta minda dalam pentaksiran terhadap pelajar adalah:

i. Menilai tahap kognatif dan afektif pelajar


Dalam membina peta minda perkara pertama yang dapat ditaksir atau dinilai oleh guru ke atas pelajar adalah melihat tahap kognatif dan afektif seseorang pelajar. Segala maklumat atau bahan dipersembahkan dalam bentuk carta atau lakaran mengikut idea pelajar sendiri. Penilaian merangkumi kreativiti pelajar dalam penghasilan peta minda dan isi yang dikemukakan. Sesuatu hasil yang kelihatan menarik tidak bermakna peta minda yang dihasilkan lengkap dan sempurna. Isi yang dikemukakan juga perlu lengkap dan jelas. Melalui isi yang dikemukakan guru dapat menilai tahap penguasaan pelajar terhadap tajuk dibincangkan.
Melalui penghasilan peta minda secara berkumpulan membolehkan nilai afektif dapat dipupuk dikalangan pelajar dan secara langsung guru dapat menilai tahap efeksif setiap indidvidu dalam kumpulan. Nilai afektif yang dapat di nilai seperti sikap bertolak ansur antara ahli kumpulan, kerjasama dalam menyiapkan peta minda, menjana idea bagi melakarkan peta minda dan sebagainya. Dengan ini penilaian guru bukan hanya tertumpu pada tahap pengetahuan pelajar sahaja malah dari tiga domain utama iaitu kognatif, afektif dan psikomotor.

ii. Menggalakkan pelajar berfikiran lebih kreatif


Pada masa kini pelajar lebih suka mencari atau mencuba sesuatu yang baru dan secara tidak langsung dengan kaedah peta minda guru dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkannya segala bakat yang ada di dalam diri. Dengan cara ini, guru dapat melihat dan mengetengahkan kemampuan pelajar dalam menghasilkan peta minda yang menarik dan kreatif di mana kadangkala guru sendiri tidak pernah terpikirkannya. Guru juga dapat menilai kemampuan pelajar disamping memberi galakan dan dorongan kepada rakan-rakan pelajar yang lain untuk berfikir lebih kreatif dan ia akan mewujudkan saingan yang sihat antara pelajar secara tidak langsung.

iii. Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik

Salah satu kaedah yang dapat menarik minat pelajar adalah dengan mengunakan peta minda. Dalam penyediaan peta minda akan menimbulkan kesan keseronokan dalam diri pelajar kerana pelajar bebas menghasilkan peta minda tanpa sebarang batasan. Guru juga boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan seperti mengadakan perbentangan dari peta minda yang telah dihasilkan. Bagi menggalakkan lagi penglibatan pelajar, guru juga boleh menyediakan hadiah sebagai rangsangan kepada pelajar.

iv. Hubungan interaksi antara guru dan rakan

Melalui kaedah peta minda pelajar akan berkomunikasi bersama rakan-rakan yang lain atau bertanya dengan guru bagi mendapatkan bahan atau pandangan dalam menghasilkan peta minda. Gabungan idea bersama mampu memberi idea dan lakaran yang menarik sekaligus merapatkan lagi hubungan antara guru, pelajar dan rakan-rakan.

v. Kaedah untuk belajar


Peta minda dapat diguna pakai dalam mengulangkaji pelajaran terutamanya yang bmelibatkan fakta. Ini kerana dengan penggunaan peta minda mudah difahami berbanding buku nota ringkas dan buku rujukan selain senang mengingat, menjimatkan masa belajar dan mengulangkaji pelajaran. Penggunaan peta minda sangat efektif sekaligus dapat mengelakkan kebosanan pelajar kerana cara persembahan dan penggunaan gambar juga menarik perhatian pembaca.

3.0 KAEDAH PELAKSANAAN PETA KONSEP


Dalam melaksanakan pengajaran menggunakan peta konsep dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, guru perlu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan. Beberapa langkah perlu dilakukan bagi memastikan pelajar dapat mengaplikasikan dan memahami panduan yang diberikan oleh guru.

Langkah 1:
Gambaran peta minda.
Sebelum pelajar melaksananakan peta minda, pelajar terlebih dahulu akan ditunjukkan dengan cara atau teknik melakarkan peta minda supaya pelajar dapat melihat gambaran awal bagaimana untuk menghasilkan sebuah peta minda

Langkah 2:
Kriteria yang akan dinilai.
Guru akan menerangkan terlebih dahulu apakah kriteria yang ingin dinilai dalam penghasilan peta minda.

Langkah 3:
Guru mengemukakan tajuk pelajaran yang akan dipelajari dengan menggunakan peta konsep.

Langkah 4:
Guru memperkenalkan secara umum bahan pengajaran dan idea-idea utama dalam topik yang akan diajar. Guru mengemukakan sebarang pertanyaan kepada pelajar bagi meningkatkan kesedaran pelajar.

Langkah 5:
Pelajar-pelajar diminta menyiapkan peta minda secara individu yang telah ditetapkan oleh guru mengikut topik yang telah dipelajari oleh guru. Guru membimbing dan memantau para pelajar semasa menghasilkan peta konsep.

Langkah 6:
Pembentangan peta minda yang dihasilkan oleh para pelajar dan penilaian guru dilakukan.

4.0 PANDUAN MEMBINA PETA MINDA


Novak dan Gowin (1984) dan juga Nor Hayati (1993) menyarankan agar kemahiran melukis peta konsep dipupuk dengan mengikuti langkah-langkah berikut bagi memudahkan seseorang menghasilkan peta mindah yang sempurna.
i.Memahami bahan pengajaran yang dibaca.
ii.Mengeluarkan konsep-konsep atau kata kunci penting.
iii.Menyusun kata kunci mengikut hiraki iaitu menyusun kata kunci bermula daripada yang umum beransur-ansur kepada yang lebih spesifik di bawah.
iv. Mengaitkan satu konsep kata kunci dengan yang lain dengan anak panah.
v.Menuliskan kata penghubung di atas anak panah agar dua katakunci.
vi.Diatas cabang juga anda digalakkan menggunakan grafik untuk menarik perhatian semasa membaca.

5.0 PENTAKSIRAN

Penilaian dan penaksiran yang dilakukan oleh guru ke atas pelajar dapat membantu mengesan atau melihat sejauh manakah tahap atau prestasi seseorang pelajar itu. Bagi mentaksir seseorang pelajar, guru terlebih dahulu perlu mahir dan mengusai kaedah yang hendak dijalankan selain penetapan kriteria yang hendak ditafsirkan agar guru benar-benar mengukur apa yang hendak diukur.
Berikut adalah kriteria penaksiran yang akan dinilai kepada pelajar.

i.Fakta
Mempunyai fakta asas dan tambahan, yang lengkap, jelas dan sesuai.

ii.Aliran Fakta
Paparan aliran maklumat yang betul, terperinci dan tepat.

iii.Ilustrasi
Menggunakan ilustrasi dan rekabentuk yang tepat, pelbagai, menarik dan sesuai dengan maklumat.

iv.Kreativiti
Mempunyai kreativiti dan keaslian (gambar, warna, reka letak).

Bagi memudahkan penilaian, skoran rubrik dibentuk sebagai garis panduan dalam pemberian markah kepada pelajar. Skoran tersebut digubal dalam bentuk jadual bagi memudahkan guru atau sesiapa sahaja yang menjadi penilai untuk memberi markah. Berikut adalah skor rubrik yang akan digunapakai dalam menilai pelajar dalam penghasilan peta minda.

6.0 PENUTUP


Penghasilan peta minda tidak memerlukan masa yang panjang dan ia akan mewujudkan keseronokan sekaligus menggalakkan pelajar untuk belajar. Pentaksiran melalui peta minda dapat melihat kemampuan kognatif dan afektif seseoarng pelajar dan mampu menjadi salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan kerana pelajar diberi peluang untuk mengetengahkan pemikiran dan kreativiti yang ada pada diri pelajar. Namun apa yang lebih penting adalah penilaian yang dapat dilakukan oleh guru ke atas pelajar. Penilaian yang dilakukan bertujuan untuk memperbaki segala kelemahan yang dilakukan oleh pelajar dan secara tidak langsung guru dapat membetulkan secara terus tanpa perlu menunggu masa yang lama. Oleh hal yang demikian, penggunaan peta minda sebagai satu teknik pengajaran secara tidak langsung akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam sesuatu matapelajaran.

Stages of MST Program Development

Stage A – Local program developer makes first contact
•Learn overview of development process
•Determine if MST should be considered in more depth
•Learn of other alternative courses of action if MST is not a good fit

Stage B – The MST Needs Assessment Session (Two-hour telephone conference)
•Include key personnel from program developer agency
•Define community need in terms of target treatment population
•Provide MST Services with information about program developer agency
•Provide program developer agency with information about MST Services
•Learn about resource requirements to implement MST
•Make decision to pursue MST program development or alternate action

Stage C – The MST Critical Issues Session (Two-hour telephone conference)
•Include key agency program development team personnel
•Learn to identify and engage key community stakeholders
•Clarify target population with prioritization and exclusion criteria
•Develop client referral process
•Develop program evaluation component

Stage D – The MST Site Readiness Review Meeting (On-site meeting)
•Complete and approve final draft of program description, goals and implementation guidelines
•Inform key community persons about MST
•Implement staff recruitment process
•Assure support and buy-in from key community stakeholders

Stage E – Staff Recruitment Assistance and Orientation Training
•Complete staff recruitment
•Complete MST 5-Day Orientation of all program staff

Stage F – On-going Program Implementation Support
•Commence referral process and client treatment
•Commence weekly team consultation on all open cases
•Commence quarterly team booster training
•Conduct periodic program review of process and outcome goals

KERTAS KONSEP: MODEL SMART (PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)

1.0 PENGENALAN

Di abad ini masyarakat hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan Sains dan Teknologi. Masyarakat sangat bergantung kepada penggunaan Sains dan Teknologi dalam semua aspek kehidupan dan pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam amalan hidup seharian. Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa perubahan kepada kehidupan manusia masa kini termasuk sektor pendidikan, jika dahulu proses pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan 'chalk and talk' tetapi kini komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan menarik.
Menurut Heinich, Molenda dan Rusell (1993) banyak perisian komputer boleh digunakan dalam setiap aspek pendidikan. Penggunaan alat bantu dalam pengajaran biasanya digunakan untuk membantu guru menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penggunaan media yang tepat dalam pengajaran boleh memotivasikan, meningkatkan kefahaman, merangsang penglibatan, mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran serta meningkatkan pembelajaran murid. Keberkesanan penggunaan media dalam pengajaran adalah bergantung sepenuhnya ke atas guru sendiri.
Guru yang cemerlang harus peka terhadap perkembangan teknologi baru dan peluang yang tersedia untuk menggunakannya ke arah menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Paling tidak ia dapat mengurangkan kadar kebosanan dalam kelas bagi guru dan pelajar. Pembelajaran biasanya amat berkesan dan kekal apabila semua deria diguna secara optimum. Penglibatan pelajar yang maksimum seperti pembelajaran melalui manipulasi alatan atau penulisan amatlah perlu bagi memastikan objektif pegajaran tercapai. Pelajar harus belajar melakukan atau membuat sesuatu tugasan secara sendiri (learning by doing).

2.0 KONSEP KAEDAH PENGAJARAN


Konsep kaedah pengajaran yang diwujudkan adalah berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Kolb (1984) dan diaplikasi bersama kaedah pengajaran berbantukan komputer dengan berpandukan Model Assure. Menurut teori Kolb, konsep asas pembelajaran adalah melalui pemahaman pelajar dan menjelaskan perilaku manusia belajar serta untuk membantu orang lain untuk belajar. Ini bermaksud, pengalaman belajar secara aktif dan interaktif sekaligus mengaplikasikannya akan menghasilkan keputusan yang positif. Kaedah pengajaran gaya belajar yang dikemukakan oleh Kolb (1984) terbahagi kepada empat kitaran iaitu melihat (pengalaman), berfikir (pengamatan), bertindak (eksperimentasi) dan adaptasi seperti rajah 1.


Rajah 1 : Kitaran Gaya Belajar Kolb (1984)

Kaedah pengajaran dan berbantukan komputer bermaksud komputer digunakan sebagai medium dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semua butiran utama mengajar perlu dimasukkan ke dalam komputer dan penerangan terperinci dijelaskan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal dalam menyediakan para pelajar yang maju, kreatif dan inovatif. Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat yang berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat. Tujuan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga memudahkan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran dan mengelakkan penangguhan masa. Kaedah pengajaran berbantukan komputer yang digunakan berpandukan Model Assure yang mana terdapat enam peringkat yang perlu diambil perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti rajah 2.


Rajah 2 : Model Assure

2.1 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (MODEL SMART)

Hasil daripada gabungan teori Kolb (1984) dengan kaedah pengajaran berbantukan komputer yang berpandukan Model Assure maka terhasilkan Model SMART yang merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kritis dan kreatif bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar malah ia juga memberi kesan yang baik kepada guru. Model ini dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeluruh dan suasana yang aktif (active learning). Model SMART ini mempunyai ciri-ciri yang perlu dipatuhi oleh guru agar memberikan kesan yang baik kepada hasil pembelajaran. Nama SMART dipilih berdasarkan akronim yang mewakili ciri-ciri dalam model ini iaitu spesifik, medium, aktif, ruang dan transformasi seperti rajah 3.


Rajah 3 : Model SMART


2.2 PERINCIAN MODEL SMART


Model SMART ini merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat mewujudkan pendekatan yang kritis dan kreatif. Terdapat lima ciri yang terkandung dalam model ini iaitu spesifik, medium, aktif, ruang dan transformasi.

i. Spesifik (S)
Spesifik yang dimaksudkan dalam model SMART ialah segala maklumat pembelajaran perlulah jelas seperti objektif, pengetahuan sedia ada pelajar, butiran mengajar perlu jelas dengan memasukkan maklumat utama di dalam komputer dan perincian lanjut diterangkan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Paparan video juga perlu dimasukkan bagi memberikan gambaran yang jelas berkaitan maklumat yang ingin disampaikan terutama yang melibatkan sesuatu kemahiran.

ii. Medium (M)
Dalam ciri medium yang dimaksudkan dalam model SMART ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Medium yang digunakan adalah berbantukan komputer. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan masa yang maksimum dapat digunakan oleh guru dalam menyampaikan maklumat. Melalui medium ini juga guru dapat mewujudkan pembelajaran secara aktif kepada pelajar dengan memasukkan grafik, video, animasi dan sebagainya sekaligus menarik minat pelajar untuk belajar.

iii. Aktif (A)
Ciri aktif yang dimaksudkan dalam model SMART memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran diwujudkan dalam suasana yang aktif antara guru dan pelajar, pelajar dan pelajar, guru dan alat bantu mengajar (komputer) serta pelajar dan alat bantu mengajar (komputer). Secara tidak langsung komunikasi juga dapat diwujudkan secara menyeluruh sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Ini membolehkan hasil pembelajaran akan memberi kesan yang baik terhadap guru dan pelajar.

iv. Ruang (R)
Dalam model SMART ciri ruang juga perlu diberi perhatian secara berterusan. Ciri ruang dalam model ini berdasarkan konsep learning by doing yang mana pelajar diberi peluang melakukan aktiviti secara kendiri dan juga boleh dilakukan secara buddy system dengan rakan (berpasangan). Ciri ruang juga memberi peluang kepada pelajar menilai diri sejauh mana tahap pengetahuan dan kemahiran apabila konsep learning by doing diaplikasikan. Konsep semak bergandingan dengan pasangan juga boleh digunakan bagi membantu dalam proses penilaian semasa aktiviti dijalankan.

v. Transformasi (T)
Transformasi merupakan antara ciri yang penting dalam model SMART. Transformasi bermaksud perubahan suasana dan keadaan atau situasi sebenar. Setelah sesi penyampaian maklumat pembelajaran atau kemahiran selesai, pelajar akan dipaparkan sama ada melalui grafik, gambar dan video situasi sebenar. Sebagai contoh, tajuk pembelajaran adalah ikatan dan simpulan. Dalam ciri transformasi pelajar dipaparkan dengan situasi sebenar seperti perkhemahan, memancing dan sebagainya. Setelah paparan tersebut selesai pelajar diminta membuat ikatan dan simpulan berdasarkan situasi yang telah ditunjukkan. Secara tidak langsung, guru dapat menilai kefahaman dan kemahiran berfikir pelajar melalui hasil yang dilakukan.


2.3 OBJEKTIF


Terdapat beberapa objektif yang ditetapkan dalam Model SMART iaitu:

2.3.1 Menyediakan satu panduan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang mudah serta dapat mengoptimumkan penggunaan masa guru dan pelajar.
2.3.2 Memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan secara berkesan.
2.3.3 Membolehkan para pelajar berdikari dalam melakukan aktiviti tertentu untuk memenuhi sebarang tugasan.
2.3.4 Mencetuskan satu perbincangan yang menarik di kalangan pelajar dan guru.
2.3.5 Memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai kepentingan dan komponen sistem komputer dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kepada guru.

3.0 STRATEGI PERLAKSANAAN


Strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam model SMART ini melalui dua kaedah iaitu secara kuliah, tunjuk cara atau demostrasi dan berasakan pelajar (kendiri).

i. Kaedah Kuliah
Kaedah kuliah digunakan oleh guru secara aktif yang mana semasa penyampaian pelajar dibenarkan untuk bertanya sekiranya terdapat kemusykilan dan permasalahan berkaitan dengan tajuk pembelajaran. Interaksi dua hala perlu diwujudkan agar pembelajaran aktif dapat diterapkan. Bagi menjadikan maklumat yang disampaikan menarik, guru perlu menggunakan kreativiti dalam bahan bantu mengajar seperti video, paparan slaid, grafik animasi dan sebagainya. Guru perlu menyampaikan maklumat penting sahaja dan ia perlu disokong oleh bahan bantu mengajar.

ii. Kaedah Demonstrasi atau Tunjuk Cara
Kaedah ini membolehkan pelajar melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan sekaligus mengetahui cara, teknik, objektif atau matlamat tugasan yang diberikan. Maklumat yang ingin disampaikan boleh ditunjukkan melalui video, grafik dengan iringan muzik agar ia menjadi lebih menarik minat pelajar. Hasil daripada paparan tersebut pelajar dapat melihat sendiri contoh sesuatu kemahiran atau prosedur sebenar dilaksanakan dan secara tidak langsung pelajar dapat mengikuti contoh yang telah diperhatikan dengan baik.

iii. Berasaskan Pelajar (Kendiri)
Walaupun semasa proses penerangan kaedah kuliah digunakan, namun pelajar perlu melakukan tugasan secara kendiri yang mana pelajar dapat menilai sendiri tugasan yang dilaksanakan. Penerangan awal hanya maklumat penting sahaja dan selebihnya pelajar perlu melakukan tugasan secara maksimum. Semasa pelajar melakukan tugasan, guru perlu memantau dan memberi teguran sekiranya ada kesalahan yang dilakukan. Buddy system juga berperanan dalam membantu pelajar belajar kemampuan pelajar dalam melaksanakan tugasan yang adalah berbeza.

iv. Penemuan Terbimbing
Hasil daripada pemerhatian dan amali yang dilakukan oleh pelajar, pelajar dikehendaki menyesuaikan tugasan dengan situasi yang diberikan oleh guru. Kaedah ini dikenali sebagai penemuan terbimbing atau kaedah limitasi (Bilbrough & Jones, 1968). Dengan kaedah ini ia dapat memberikan pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Melalui pendekatan dapat mengembangkan tahap kognitif sekaligus memupuk pembangunan arah kendiri.

4.0 KESIMPULAN


Secara kesimpulannya model SMART ini merupakan kaedah yang amat sesuai digunakan bagi semua tajuk pembelajaran. Bagi menggunakan kaedah ini, guru perlulah mengikut garis panduan yang telah diterangkan agar proses pengajaran dan pembelajaran akan memberikan hasil yang bermakna. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sistem pendidikan negara pada masa kini telah berubah akibat daripada perubahan pendekatan yang dibawa oleh perkembangan baru dalam teori pembelajaran dan teknologi instruksional. Oleh yang demikian komputer digunakan sebagai medium dalam proses penyampaian maklumat. Perubahan ini telah menimbulkan minat dan daya usaha para pendidik bagi mendalami dan menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Penggunaan model SMART memberi manfaat kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana menjimatkan masa serta dapat digunakan masa pengajaran secara keseluruhan. Penggunaan model SMART juga dapat mewujudkan pembelajaran kendiri dan meningkatkan motivasi serta memberi peluang yang sama terhadap semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan. Falsafah pengajaran berfokuskan pelajar menghasilkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Guru akan menyediakan masalah dan masalah tersebut akan diselesaikan oleh pelajar. Pelajar akan berusaha dan berfikir dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan sekaligus membentuk pembangunan kognitif pelajar.

5.0 RUJUKAN

David A. Kolb (2000) Experiential Learning Theory: Previous Research and New Directions.

Mick Healey and Alan Jenkins (2000): Kolb’s Experiential Learning Theory And Its Application In Geography In Higher Education.

Jamaludin Ibrahim (1989). Pengajaran Berbantukan Komputer Berkepintaran : Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran. Proceeding of the National symposium on Educational Computing. USM : MCCE

Nik Azis Nik Pa. (1989). Komputer Dalam Pendidikan. Proceding of the National Symposium on Educational Computing. USM : MCCE

LANGKAH IKATAN & SIMPULAN


IKATAN MANUK


IKATAN TIDIH KASIH

Bangunan MRSM Bentong selamat digunakan

Bangunan MRSM Bentong selamat digunakan
09/08/2010 2:41pm

KUANTAN – Bangunan-bangunan di kawasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong yang ditutup pada Disember tahun lepas ekoran berlaku runtuhan tanah masih selamat untuk digunakan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Pahang, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, pihak Mara telah memohon untuk pengambilan balik tanah seluas 8.4 hektar di belakang cerun yang runtuh bagi proses pembaikan sebelum MRSM itu boleh diduduki semula.

"Pembaikan akan dibuat setelah proses pengambilan tanah ini selesai, permohonan dengan Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah pun dibuat," katanya menjawab soalan Datuk Dr. Ng Keong Chye (BN-Ketari) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata, selain pembaikan cerun, tangki kumbahan di MRSM itu juga akan dibaik pulih.

Mohd. Soffi berkata, pengosongan MRSM itu bersifat sementara sebagai tindakan berjaga-jaga serta untuk memudahkan urusan pembaikan.

Semua pelajar dan kakitangan MRSM itu kini ditempatkan di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, katanya. – Bernama

Alhamdulillah selepas ni boleh ler balik semula ke Bentong... Harap semua akan segera siap memudahkan saya ke UPSI untuk habiskan belajar...