BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 9, 2009

TEACHING PLYOMETRIC TRAINING TO CHILDREN




1.0 BIDANG KAJIAN, ISU DAN PEMBOLEHUBAH UTAMA

Bidang kajian dalam artikel ini adalah tertumpu kepada latihan pliometrik untuk kanak-kanak. Bidang kajian ini memfokuskan kepada program latihan pliometrik khususnya untuk kanak-kanak. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk memberi garis panduan kepada guru dan jurulatih mengenai program latihan pliometrik yang boleh dilaksanakan kepada kanak-kanak. Artikel ini ditulis adalah untuk menerangkan fungsi dan kelebihan melaksanakan latihan pliometrik terhadap kanak-kanak. Malah artikel ini juga menjelaskan beberapa reka bentuk program latihan pliometrik yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak. Dalam artikel ini juga, penulis menyatakan prinsip-prinsip yang perlu ada untuk melaksanakan latihan pliometrik. Jadi, bidang kajian dalam artikel ini memfokus tentang program latihan pliometrik terhadap kanak-kanak.
Isu yang hendak diketengahkan dalam artikel ini oleh penulis ialah yang pertama adalah mengenai konsep dan prinsip-prinsip latihan pliometrik terhadap kanak-kanak. Prinsip-prinsip yang perlu ada dalam latihan pliometrik mengikut kesesuain tahap kanak-kanak. Yang mana, terdapat tiga fasa dalam perinsip-prinsip latihan pliometrik iaitu fasa pertama fasa eksentrik, fasa kedua adalah fasa perlaksanaan dan fasa ketiga adalah fasa sepusat.
Isu yang kedua pula ialah jenis latihan pliometrik yang sesuai untuk peringkat kanak-kanak. Antara contoh jenis latihan pliometri adalah seperti lompat sebelah kaki, tekan tubi sambil menepuk tangan dan sebagainya.
Isu yang ketiga yang hendak diketangahkan oleh penulis di dalam artikel ini ialah, peringkat-peringkat latihan pliometrik terhadap kanak-kanak. Peringkat-peringkat latihan pliometrik untuk kanak-kanak ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama adalah peringkat senaman peringkat rendah dari aspek intensiti dan aktiviti yang dilakukan dan peringkat ini disarankan terhadap lingkungan umur 7 hingga 11 tahun. Antara contoh aktiviti peringkat pertama ini ialah lompat kedua kaki mencapai satu tahap ketinggian dan lompat sisi kedua kaki. Peringkat kedua adalah peringkat senaman peringkat sederhana dari segi intensiti dan aktiviti yang dilakukan dan peringkat ini disarankan terhadap lingkungan umur 12-14 tahun. Antara contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah tekan tubi atas kotak, lompat sebelah kaki dan lompat kijang. Peringkat ketiga adalah peringkat senaman impak tinggi dari segi intensiti dan jenis aktiviti yang dilaksanakan dan disarankan terhadap lingkungan umur 15 hingga 18 tahun. Antara contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah lompatan ke atas halangan.
Isu yang keempat dalam artikel ini adalah faedah latihan pliometrik terhadap kanak-kanak. Faedah-faedah yang boleh didapati melalui latihan pliometrik ini adalah meningkatkan kecergasan kanak-kanak, menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan pencapaian kanak-kanak dalam sukan dan meningkatkan kekuatan tulang dan mengawal berat badan kanak-kanak.


2.0 PERNYATAAN MASALAH

Di dalam artikel ini, terdapat beberapa masalah kajian atau pernyataan masalah yang timbul. Antara pernyataan masalah yang boleh didapati dalam artikel ini adalah seperti:
i.Adakah reka bentuk program latihan pliometrik mempengaruhi latihan-latihan pliometrik untuk kanak-kanak.
ii.Apakah jenis latihan pliometrik yang sesuai kepada kanak-kanak mengikut tahap umur, jantina, berat, ketinggian dan bentuk tubuh badan kanak-kanak.
iii.Adakah peringkat umur kanak-kanak mempengaruhi program latihan pliometrik.
iv.Adakah jantina kanak-kanak mempengaruhi latihan pliometrik.
v.Apakah pendedahan yang diberikan kepada guru dan jurulatih mengenai program latihan pliometrik.


3.0 CADANGAN OBJEKTIF / PERSOALAN DAN HIPOTESISI KAJIAN

Di dalam artikel ini, penulis atau penyelidik tidak membangkitkan atau menyatakan objektif, persoalan dan hipotesis kajian. Oleh yang demikian terdapat beberapa objektif, persoalan dan hipotesis kajian yang boleh dicadangkan dalam artikel ini.

3.1Cadangan objektif kajian:
i.Untuk memberi garis panduan kepada guru dan jurulatih tentang program latihan pliometrik.
ii.Untuk membandingkan jenis latihan pliometrik terhadap kanak-kanak mengikut peringkat umur.
iii.Mencari keberkesanan latihan pliometrik di dalam melakukan aktiviti sukan yang khusus.
iv.Menilai keberkesanan latihan pliometrik terhadap tubuh badan kanak-kanak.
v.Untuk menggalakkan kanak-kanak mengamalkan cara hidup yang aktif dan sihat melalui program latihan pliometrik.
vi.Untuk meningkatkan pencapaian kanak-kanak di dalam sukan olahraga.

3.2Cadangan persoalan kajian:

i.Apakah jenis latihan yang sesuai untuk program latihan pliometrik terhadap kanak-kanak.
ii.Apakah sikap kanak-kanak terhadap latihan pliometrik yang dilaksanakan.
iii.Apakah reka bentuk program yang sesuai untuk latihan pliometrik bagi kanak-kanak.

3.3 Cadangan hipotesis kajian:
i.Terdapat perbezaan latihan pliometrik diantara kanak-kanak yang berlainan berat, ketinggian dan bentuk tubuh badan.
ii.Terdapat perbezaan peringkat latihan di dalam program pliometrik mengikut had umur kanak-kanak.
iii.Terdapat perbezaan latihan pliometrik antara jantina kanak-kanak.
iv.Reka bentuk program latihan pliometrik mempengaruhi latihan pliometrik untuk kanak-kanak.
v.Kurangnya pendedahan yang diberikan kepada guru dan jurulatih mengenai program latihan pliometrik.


4.0 DEFINISI PEMBOLEHUBAH

4.1Definisi operasional
i.Latihan Pliometrik
Menurut Potach dan Chu tahun 2000, menyatakan latihan pliometrik adalah satu bentuk latihan untuk merangsang otot mencapai daya yang maksimum dalam satu jangkamasa yang singkat. Menurut Potach dan Chu lagi, pliometrik berasal daripada perkataan Yunani iaitu yang membawa erti PHo yang bererti more (lebih) dan Metric yang bererti to measure (untuk mengukur).
Menurut Donald Chu di dalam buku ‘Jumping Into Plyometric’ menyatakan latihan pliometrik adalah satu bentuk latihan lompatan. Manakala menurut Fred Wilt di dalam buku yang sama iaitu ‘Jumping Into Plyometric’ menyatakan pliometric berasal daripada perkataan latin iaitu ‘measurable increase.’
Menurut Ryan Pretz tahun 2006, menyatakan bahawa latihan pliometrik adalah latihan untuk pergerakan yang cepat dan kuat yang digunakan untuk meregangkan otot bagi mengaktifkan ‘strecth-shortening cycle’.

ii.Kanak-Kanak
Adalah merupakan golongan yang belum mencapai tahap dewasa.

5.0 PEMBOLEHUBAH BERSANDAR DAN PERBOLEH UBAH BEBAS

Pembolehubah utama yang dikaji dalam artikel ini adalah latihan pliometrik dan kanak-kanak. Ini menunjukkan latihan pliometrik adalah pembolehubah bersandar yang mana ianya adalah faktor yang hendak diperhatikan dalam kajian. Manakala pembolehubah tak bersandar ialah kanak-kanak yang mana ianya menentukan hubungan dengan fenomena yang diperhatikan dalam kajian ini.

6.0 KAEDAH PENGUKURAN

Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan teori-teori kajian lepas bagi mengukur sejauhmana kaedah latihan pliometrik yang sesuai dihasilkan bagi perkembangan fizikal dan mewujudkan gaya hidup sihat.

7.0 SAMPEL YANG DIGUNAKAN


Dalam mengkaji kajian ini, penyelidik menggunakan sample kajian dalam lingkungan umur diantara 7 hingga 11 tahun, 12-14 tahun, dan 15 hingga 18 tahun bagi melihat sejauh mana latihan pliometrik dapat membantu perkembangan fizikal sekaligus mewujudkan gaya hidup sihat.

8.0 ANALISIS YANG DIGUNAKAN

Artikel ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan yang mana penyelidik mengkaji cara-cara atau pendekatan yang sesuai dalam aktiviti pliometrik daripada kajian lampau. Hasil daripada kajian tersebut, penyelidik mencadangkan kaedah latihan pliometrik dan tip-tip yang sesuai bagi perkembangan fizikal sekaligus mewujudkan gaya hidup sihat dikalangan kanak-kanak.

9.0 DAPATAN KAJIAN


Hasil daripada program latihan pliometrik yang dirancang dapat menjadi model yang baik untuk merancang pergerakan bagi kanak-kanak. Secara semulajadi, kebanyakkan aktiviti dan permainan kanak-kanak adalah aktiviti pliometrik seperti lompat sebelah dan dua belah kaki, leaping dan galloping. Melalui kajian ini juga, guru atau pelatih dapat mengatur aktiviti pliometrik yang sesuai berdasarkan perkembangan semasa latihan dijalankan.
Terdapat beberapa prosedur yang dicadangkan bagi menjalankan aktiviti pliometrik iaitu perlu melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti pliometrik. Latihan pliometrik perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum ke set yang lebih tinggi. Selain daripada itu, latihan pliometrik tidak boleh dilakukan setelah melakukan intensiti yang tinggi. Secara keseluruhannya, dengan menggunakan kaedah latihan pliometrik yang disarankan akan membantu perkembangan fizikal disamping mewujudkan gaya hidup sihat dikalangan kanak-kanak.

0 comments: