BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 9, 2009

SPRAIN INJURY

Sprain (seliuh atau terkehel) adalah kecederaan yang melibatkan ligamen. Ligamen adalah tebal, kenyal, tisu bergentian yang bersambung diantara tulang. Kebiasaannya kecederaan ligamen berlaku dibahagian pergelangan kaki, lutut, dan pergelangan tangan. Ligamen yang cedera biasanya akan berada pada kedudukan yang jauh dari kedudukan yang biasa atau normal. Ligamen bertujuan mengukuhkan rangka dan menghalang pergerakan yang luar daripada pergerakan yang biasa. Bahagian ligamen yang terlalu banyak pergerakan akan mengakibatkan ligamen menjadi panjang atau terkoyak. Kecederaan ini dinamakan terseliuh atau terkehel atau dalam kata lain ‘sprain’.

1.1 KATEGORI SPRAIN
Terdapat beberapa kategori sprain iaitu gred 1, gred 2 dan gred 3.

Gred 1:
Gred 1 terdapat sedikit rentang yang kecil pada ligamen. Serat (fibrils) ligament akan menegang dan terdapat sedikit koyak pada bahagian tersebut.



Gred 2:
Gred 2 terdapat sebahagian rentang pada ligamen. Kebiasaannya akan berlaku kesakitan dan bengkak kerana sebahagian ligamen terkoyak.



Gred 3:
Gred 3 terdapat rentangan yang sempurna pada ligamen. Ligamen pada bahagian yang cedera terkoyak dengan sempurna.



Sprain (seliuh atau terkehel) berlaku disebabkan terdapat unjuran yang terlalu jauh pada kedudukan ligament yang normal. Kecederaan ini biasanya berlaku dalam aktiviti lasak seperti mengembara, bola keranjang dan lain-lain aktiviti sukan. Keadaan seperti jatuh akibat memijak permukaan yang tidak rata atau hentakan yang kuat daripada pihak lawan akan mengakibatkan sprain (seliuh atau terkehel).

BAHAGIAN YANG TERLIBAT

Terdapat beberapa bahagian yang kebiasaannya terlibat dengan kecederaan ini.
i.Pergelangan kaki. Bahagian yang paling kerap berlaku dan kebiasaannya merupakan kecederaan yang serius dan memberi kesan jangka panjang serta memakan masa untuk sembuh kerana terdapat bahagian tulang yang patah di kawasan tersebut.

ii.Lutut. Kecederaan yang biasa berlaku ialah ACL (anterior cruciat ligament). Sukan yang biasa terlibat dalam kecederaan ini ialah olahraga, bola keranjang, bola sepak, judo dan lain-lain lagi.

iii.Jari-jari
iv.Pergelangan tangan. Pergelangan tangan juga biasa berlaku kecederaan ini dan kebiasaannya tidak mengambil masa yang lama untuk sembuh.


RAWATAN

Terdapat langkah-langkah rawatan bagi sprain (seliuh atau terkehel) yang dipanggil PRICE.
Protect (Melindungi) : Melindungi bahagian yang cedera.
Rest (Berehat) : Menghentikan semua aktiviti yang menyebabkan kesakitan
pada bahagian yang cedera.
Ice (Ais) : Menggunakan ais dan membuat tuaman di kawasan yang cedera
bagi menggurangkan bengkak selama 10-15 minit pada sesuatu
masa.
Compression (Mampatan) : Membalut kawasan yang cedera bagi mengurangkan bengkak.
Air sejuk juga boleh digunakan bagi mengurangkan bengkak.
Elevation (Ketinggian) : Meninggikan bahagian yang cedera lebih daripada jantung
bagi melancarkan peredaran darah.

Ais dan mampatan (terapi mampatan sejuk) akan mengurangkan kesakitan dan bengkak.

0 comments: