BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 9, 2009

COOPER TEST





PENGENALAN

Ujian Cooper adalah satu bentuk ujian berlari ataupun berjalan dalam tempoh masa yang telah di tetapkan dalam masa (12minit) yang dijalankan di padang ataupun balapan dan merupakan satu aktiviti yang di gunakan sebagai salah satu ujian yang di jalankan terhadap seseorang untuk menguji tahap kecergasan kardiovaskular seseorang individu tersebut. Ujian ini sebenarnya melibatkan pengguanaan sistem tenaga aerobik di mana ia dijalankan pada intensiti yang rendah tetapi jangka masa yang panjang dan penggunaan oksigen yang lebih lama serta memerlukan daya ketahanan yang tinggi. Ujian ini sebenarnya telah di asaskan oleh Keeneth H. Cooper pada tahun 1968 bretujuan untuk menguji kecergasan dalam pasukan tentera Amerika Syarikat.

Selain daripada itu, ujian cooper ini juga adalah membantu pelaku menentukan VO2 max dengan ketepatan yang munasabah, dan tanpa keperluan peralatan yang mahal. Ujian ini memerlukan seseorang individu berjalan ataupun berlari mengikut masa yang ditetapkan dalam tempoh 12 minit dalam balapan yang berukuran 400meter panjang dan setiap 50meter di tandakan jarak dengan menggunakan kon. Apa yang di maksudkan di sini ialah masa akan mempengaruhi jarak larian seseorang. Selepas 12minit pengadil atau pencatat masa akan mengambil jarak yang dapat di lakukan oleh individu atau pelaku berkenaan dalam tempoh masa tersebut.Jadi apa yang dapat kita jelaskan di sini ialah ujian cooper adalah bagi mengukur jarak dalam masa yang di tetapkan.

Mengikut pada kajian luar Negara,ujian cooper ini sesuai di jalankan oleh pelaku samada lelaki ataupun wanita mengikut peringkat umur.
KAITAN UJIAN COOPER DENGAN FISIOLOGI
Menurut Mc Ardle ( 1991 ) daya tahan kardiovaskular boleh didefinisikan sebagi kemampuan otot-otot atau jantung melaksanakan kerja berulang-ulang kali untuk mengatsi rintangan atau beban yang tinggi pada jangka masa yang panjang dan dapat mengatasi kelesuan.Daya tahan kardiovaskular merupakan keupayaan jantung dan system peredaran darah berfungsi secara berterusan semasa seseorang itu melakukan kerja untuk tempoh masa yang lama. Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada kombinasi efisien tiga komponen seperti :-
•Paru-paru
•Jantung
•Saluran darah
Oleh itu, ujian ini penting kerana melibatkan komponen – komponen kecergasan dalam tubuh manusia

OBJEKTIF UJIAN COOPER

Di antara objektif yang dapat di peroleh semasa menjalankan ujian cooper dalam masa yang di tetapkan dalam tempoh 12 minit ini ialah :-
Dapat menentukan tahap kecergasan kardiorespiratori seseorang individu.
Menentukan tahap keupayaan dan kecergasan kardiovaskular dalam diri seseorang.
Bagi menentukan kadar VO2 max setiap pelaku ataupun atlet yang menjalani ujian ini.

KELEBIHAN UJIAN COOPER
Setiap ujian ataupun aktiviti latihan yang di jalankan mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Di antara kelebihan melakukan ujian cooper ini ialah :-
Ujian ini dijalankan dengan had masa yang telah ditetapkan.
Boleh dijalankan dalam kumpulan yang ramai ataupun di lakukan secara individu.
Ujian ini tidak memerlukan peralatan yang mahal hanya memrlukan perbelanjaan yang sedikit kerana alatan ujian ini adalah ringkas dan mudah di kendalikan.
Satu ujian kardiovaskular yang mudah dan dapat menghasilkan keputusan yang tepat jika di lakukan dengan betul.
Ujian ini sebenarnya dijalankan dalam persekitaran yang terbuka dan bukan di jalankan di dalam makmal.

KEKURANGAN UJIAN COOPER
Walaupun ujian ini mempunyai banyak kelebihannya, namun begitu terdapat juga beberapa kelemahan pada ujian cooper ini.
Ujian cooper sebenarnya bergantung kepada keadaan persekitaran kerana jika cuaca hujan maka ujian tidak dapat dijalankan dengan sempurna
Bentuk ujian cooper ini juga adalah cepat mengundang seseorang pelaku itu keletihan.
Setiap pelaku yang kekurangan daya tahan berkemungkinan tidak menghabiskan latihan ini.

KAJIAN LETERATUR
UJIAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR MASA LAMPAU

Kajian pada masa lampau dalam ujian cooper melihatkan bagaimana ujian ini telah di jalankan oleh Kenneth H. Cooper pada tahun 1968 bertujuan untuk menguji kecergasan dalam pasukan tentera Amerika Syarikat.

UJIAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR MASA KINI DI MALAYSIA

Kajian ini ingin melihat kebolehpercayaan Ujian Larian/Berjalan Satu Batu, Ujian Larian/Berjalan Satu Setengah Batu dan Ujian PACER dan tahap persetujuan rujukan kriteria dan rujukan norma berbanding dengan noma ujian yang telah diperkenalkan oleh Prudential FITNESSGRAM® dan American College of Sports Medicine (ACSM, 1999). Ketika ini pelbagai ujian lapangan digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan bagi tujuan mengukur tahap kecergasan kardiovaskular di kalangan pelajar sekolah menengah Malaysia.
Di antara ujian lapangan yang biasa digunakan bagi tujuan tersebut ialah Ujian Larian/Berjalan Satu Setengah Batu, Ujian Larian/Berjalan Satu Batu dan Ujian PACER. Persoalannya ialah sejauhmanakah kebolehpercayaan setiap satu ujian tersebut dapat diterima pakai di negara kita bagi menganggarkan tahap kemampuan pengambilan isipadu maksima oksigen pelajar lelaki dan perempuan berumur 13, 14 dan 15 tahun. Sejauhmanakah anggaran kebolehpercayaan rujukan kriteria bagi Ujian Larian/Berjalan Satu Batu dan Ujian PACER serta Indeks Jisim Badan melalui ‘proportion of agreement’ ( Pa ) dan ‘modified kappa’ ( Kq ) dengan menggunakan piawaian FITNESSGRAM® (Cooper Institute for Aerobics Research, 1992) ke atas pelajar lelaki dan perempuan berumur 13, 14 dan 15 tahun. Sejauhmanakah anggaran kebolehpercayaan rujukan kriteria bagi Ujian Larian/Berjalan Satu Setengah Batu melalui ‘proportion of agreement’ ( Pa ) dan ‘modified kappa’ ( Kq ) dengan menggunakan piawaian American College of Sports Medicine (ACSM, 1999) ke atas pelajar lelaki dan perempuan berumur 13, 14 dan 15 tahun.

KAEDAH / METHODOLOGI UJIAN COOPER


Kajian untuk menguji tahap kecergasan seseorang pelaku yang menjalaninya.
Membantu setiap pelaku atau individu menentukan VO2 max dengan ketepatan yang munasabah, dan tanpa keperluan semasa peralatan yang mahal.
Dijalankan di padang ataupun trek olahraga.
Untuk mendapatkan garisan permulaan sudut 45° hendaklah di tentukan
Masa di tetapkan 12 minit bagi setiap pelatih.
Setiap kon diletakkan pada jarak 50 meter.
VO2MAX diperoleh berpandukan formula:
(Distance covered in metres - 504.9) ÷ 44.73
Berlari mengelilingi trek balapan.
Dilakukan secara solo atau berkumpulan.
Keputusan ujian diambil kira dari :-
jarak larian
jantina
Umur

PROSEDUR UJIAN COOPER

Pastikan ujian dijalankan di padang / balapan
Padang / balapan mestilah berukuran 400 meter
Memerlukan seorang pencatat masa/jarak
Pelatih terlebih dahulu di minta untuk memanaskan badan dengan berjoging dan meregangkan otot sebelum ujian.
Masa ujian di tetapkan 12minit
Pelatih dibenarkan berjalan atau berlari dan jarak akan di ambil selepas pelatih menghabiskan ujian dalam tempoh 12minit.
Pastikan peralatan ujian berfungsi dengan baik
Pastikan di setiap kon penanda 50m terdapat pencatat masa / jarak
Pastikan pelatih/atlet menghabiskan larian 12minit di garisan penamat yang di tetapkan.


Lelaki umur (tahun) Tahap kecergasan untuk jarak (km) yang dilalui dalam masa 12minit
Sangat lemah Lemah Sederhana Baik Sangat baik
Bawah 30 <1.60 1.60-1.99 2.00-2.39 2.40-2.79 >2.80
30-39 <1.50 1.52-1.83 1.84-2.23 2.24-2.63 >2.64
40-49 <1.36 1.36-1.67 1.68-2.07 2.08-2.47 >2.48
50-59 <1.25 1.28-1.59 1.69-1.99 2.00-2.39 >2.40


Jadual ini menunjukkan pengukuran aerobik Cooper yang piawai bagi lelaki sihat. Apakah tahap kecergasan seorang lelaki yang sihat berumur 45 tahun yang telah berlari sejauh 1.75 km dalam masa 12 minit ?


VO2 max = ( jarak larian dalam meter) – 505 /45
= _____________ ml/min/kg.

0 comments: