BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 9, 2010

Bangunan MRSM Bentong selamat digunakan

Bangunan MRSM Bentong selamat digunakan
09/08/2010 2:41pm

KUANTAN – Bangunan-bangunan di kawasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong yang ditutup pada Disember tahun lepas ekoran berlaku runtuhan tanah masih selamat untuk digunakan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Pahang, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, pihak Mara telah memohon untuk pengambilan balik tanah seluas 8.4 hektar di belakang cerun yang runtuh bagi proses pembaikan sebelum MRSM itu boleh diduduki semula.

"Pembaikan akan dibuat setelah proses pengambilan tanah ini selesai, permohonan dengan Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah pun dibuat," katanya menjawab soalan Datuk Dr. Ng Keong Chye (BN-Ketari) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata, selain pembaikan cerun, tangki kumbahan di MRSM itu juga akan dibaik pulih.

Mohd. Soffi berkata, pengosongan MRSM itu bersifat sementara sebagai tindakan berjaga-jaga serta untuk memudahkan urusan pembaikan.

Semua pelajar dan kakitangan MRSM itu kini ditempatkan di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, katanya. – Bernama

Alhamdulillah selepas ni boleh ler balik semula ke Bentong... Harap semua akan segera siap memudahkan saya ke UPSI untuk habiskan belajar...

0 comments: