BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 4, 2010

JENIS-JENIS PETA MINDA

Jenis Cabang




Jenis Kitaran




Jenis Tulang Ikan




Jenis Carta Alir



Jenis Pokok

PASUKAN BOLA SEPAK BAWAH 18 TAHUN MRSM BENTONG



Pasukan bola sepak tewas di peringkat kumpulan MSSD Bentong 2010 di SM Teknik. Diharap mutu permainan dapat ditingkatkan lagi agar beroleh kejayaan pada masa akan datang.

PASUKAN HOKI LELAKI MRSM BENTONG BAWAH 18 TAHUN







Pasukan hoki MRSM bentong telah berjaya mendapat tempat yang ke-3 dalam kejohanan MSSD Bentong 2010 di SMK Seri Bentong pada 29 Mac 2010. Tahniah diucapkan atas kejayaan tersebut dan diharapkan kejayaan tersebut akan berterusan pada masa akan datang.

PASUKAN BOLA BALING PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN MRSM BENTONG





Pasukan Bola Baling Perempuan Bawah 18 Tahun MRSM Bentong telah berjaya menjadi Naib Johan dalam Kejohan MSSD Bentong pada 29 Mac 2010 di SMK Seri Pelangai. Diharapkan kejayaan tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang. tahniah kepada semua.

PASUKAN BOLA BALING LELAKI BAWAH 18 TAHUN MRSM BENTONG






Pasukan Bola Baling Lelaki MRSM Bentong telah berjaya menjadi Johan pada kejohanan MSSD Bentong yang telah doadakan pada 30 Mac 2010 di SMK Seri Pelangai. Tahniah diucapkan semoga kejayaan tersebut dapat diteruskan pada tahun akan datang.

Sunday, September 13, 2009

ORGANISASI SISTEM SARAF



2 Bahagian :
1. Sist saraf pusat (CNS)
- Otak + saraf tunjang
- Pusat kawalan & integrasi

2. Sistem saraf periferi/ pinggiran
- Saraf di luar otak & saraf tunjang Laluan saraf sensori & motor
- 31 Spinal nerves - Carry info to and from the spinal cord
- 12 Cranial nerves - Carry info to and from the brain

Integrating Physical Education, Math And Physics

A. MAKLUMAT ARTIKEL

Tajuk : Integrating Physical Education, Math And Physics
Nama Penulis : Greg M. Hatch & Darla R. Smith
Nama Jurnal : JOPERD
Jilid Siri Penerbitan : Vol. 75 No. 1 JOPERD . January 2004
Tahun Diterbitkan : 2004


B. ULASAN ARTIKEL

Artikel ini menerangkan mengenai gabungan matapelajaran pendidikan jasmani, matematik dan fizik. Semua matapelajaran ini digabungkan dalan satu kurikulum gabungan yang dilihat mampu membawa perubahan kepada pelajar. Melalui gabungan kurikulum ini pelajar dapat mengaplikasikan kesemua konsep matapelajaran dengan lebih berkesan. Ini dapat membantu pelajar menguasai pembelajaran. Selain itu atirkel ini juga membincangkan bagaimana guru hendak menggunakan media yang terbaik kepada pelajar agar proses pembelajaran berjalan dengan lancar dengan menggunakan teknologi maklumat serta pembelajaran yang berlaku di luar kelas. Pelbagai teknik pembelajaran menggunakan pendekatan pedagogi yang berlainan serta penggunaan komputer ditunjukkan dalam matapelajaran tersebut. Ini bertujuan membantu pelajar lebih memahami objektif pembelajaran. Terdapat pelbagai media pengajaran. Bahan pengajaran yang biasa digunakan adalah seperti buku teks dan papan tulis manakala terdapat bentuk bahan pengajaran yang terkini seperti filem dan video, computer, CD-ROMs, internet dan televisyen litar tertutup. Teknologi telah membawa pembaharuan dalam semua peringkat pendidikan. Guru yang cemerlang harus peka terhadap perkembangan teknologi baru dan peluang yang tersedia untuk menggunakannya ke arah menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Paling tidak ia dapat mengurangkan kadar kebosanan dalam kelas bagi guru dan pelajar.


C. PERBANDINGAN KURIKULUM

Sememangnya terdapat perbandingan kurikulum dari segi ilmu konten dalam matapelajaran matematik, fizik dan pendidikan jasmani. Walaubagaimanapun, ia dapat diselaraskan dari segi pendekatan atau kaedah yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kaedah pedagogi perlu dikuasai oleh guru bagi menghasilkan penyampaian ilmu yang lebih berkesan. Menurut (Heinich, Molenda, Russel & Smaldino, 1996), media pengajaran boleh memainkan beberapa peranan bergantung samada pengajaran itu berasaskan ‘arahan guru’ ataupun ‘arahan pelajar’. Penggunaan alat bantu dalam pengajaran biasanya adalah untuk membantu guru menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.


D. KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Melalui gabungan kurikulum ini pelajar dapat mengaplikasikan kesemua konsep matapelajaran dengan baik. Ini dapat membantu pelajar menguasai pembelajaran dengan lebih berkesan. Semua matapelajaran ini digabungkan dalan satu kurikulum gabungan yang dilihat mampu membawa perubahan kepada pelajar. Selain itu kekuatan artikel menunjukkan bagaimana guru hendak menggunakan media yang terbaik kepada pelajar agar proses pembelajaran berjalan dengan lancar dengan menggunakan teknologi maklumat serta pembelajaran yang berlaku di luar kelas.
Cabaran daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan ICT menuntut semua insan yang bergelar guru terus gigih berusaha bagi menghasilkan anak didik yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia dan mampu bersaing pada peringkat tempatan dan global. Sesungguhnya penggunaan media yang tepat dalam pengajaran boleh memotivasikan, meningkatkan kefahaman, merangsang penglibatan, mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran serta meningkatkan pembelajaran murid. Keberkesanan penggunaan media dalam pengajaran adalah bergantung sepenuhnya ke atas guru sendiri.
Hakikatnya, guru berkualiti berkemampuan untuk merealisasikan aspirasi ini menerusi pengajarannya yang berkesan, kepemimpinannya yang memberi teladan dan integriti keperibadiannya sebagai contoh kepada pelajar. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu IT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai golongan yang akan menyebar luaskan kepada para pelajar.


E. PENUTUP DAN KESIMPULAN

Di Malaysia telah wujud gabungan kurikulum ini yang di nyatakan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang di lancarkan pada tahun 1989 menggantikan kurikulum lama. Selain itu pelaksana juga diberikan keadah mengajar mengunakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dalam bahan pengajaran, sehingga sekarang pengunaan Teknologi Maklumat (ICT) telah mula berkembang dalam pendidikan. Bagi matapelajaran pendidikan jasmani tidak begitu meluas penggunaanya. Dalam Falsafah Pendidikan Negara ada dinyatakan segala aspek dalam pembentukan seorang insan yang seimbang, tetapi perlaksanan ini tidak menyeluruh dan lebih berorentasikan peperiksaan. Oleh itu tidak ramai pelaksana yang mengambil inisiatif untuk menguasai dan menggunakan ICT dalam pembelajaran. Jadi objektif pembelajaran mungkin tercapai tetapi tidak efektif terhadap keperluan semasa pelajar di luar sekolah.
Sekolah sebenarnya memerlukan satu konsep pendidikan yang utuh kerana kehendak pembelajaran semasa, oleh itu pelaksana perlu mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan pendekatan pedagogi yang berlainan agar pelajar dapat menguasai apa yang disampaikan oleh pelaksana. Selain itu pelaksana perlu diberi kemudahan seperti komputer riba atau pinjaman pembelian komputer. Bagi sesetengah matapelajaran, memerlukan pelaksana atau penyampai menggunakan media interaktif untuk menjelaskan keadaan yang sebenar dan bukan hanya melihat dari buku teks dan lain-lain. Pelaksana perlu diberi banyak peluang untuk menyelidik dan menjalankan kajian P&P untuk meningkatkan status keilmuan dalam masyarakat pendidikan.
Guru Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan semaksima mungkin peralatan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan boleh mengaplikasikan kemajuan teknologi yang ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan kaedah pengajaran lebih menarik dan bersesuaian dengan keadaan semasa.


F. RUJUKAN
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan (MTT2353) ‘Pendidikan Bertaraf Dunia: Antara Sumbangan Dan Cabaran Dalam Menempuh Abad Ke-21’.

Jonathan Doherty (Nov 2003): Teaching Style in Physical Education And Mosston’s Spectrum.

Sharon E. Smaldino, James D. Russell, Robert Heinich, Michael Molenda. (2005), Instructional Tecnology and Media for Learning (8th ed). New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.

Jamaludin Ibrahim 1989. Pengajaran Berbantukan Komputer Berkepintaran : Implikasi Kepada Pengajaran dan Pembelajaran. Proceeding of the National symposium on Educational Computing. USM : MCCE.