PENGENALAN
Pentaksiran adalah perkataan Latin yang bermaksud ”duduk bersama” antara pentaksir dengan pelajar dan mengesahkan apa yang dilaksanakan oleh pelajar. Melalui pentaksiran yang berterusan ini, guru dapat membuat penilaian berdasarkan kepada tahap pencapaian pelajar dari masa ke masa melalui pengumpulan maklumat dan data dan menganalisis maklumat mengenai tahap kemajuan sesuatu sama ada berbentuk program, individu dan lain-lain.
Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan mengikut konteks pengajaran dan pembelajaran seseorang guru dalam sesebuah kelas yang diajarnya. Dalam konteks belajar, pentaksiran boleh menjelaskan tahap pencapaian sebenar seseorang pelajar. Selain itu. Pentaksiran juga boleh dirumuskan sebagai satu pengintegrasian data yang berbentuk kualitatif dan kuantitatif yang dikumpul untuk menyediakan maklumat mengenai pembelajar, apa yang diajar dan bagaimana ianya diajar.
Melalui proses pentaksiran secara berterusan ini, guru dapat membantu pelajar dalam usaha membaiki tahap pencapaian dan kemajuan pelajar itu sendiri. Semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru dapat mentaksir tahap pengetahuan pelajar, sikap dan kemahiran yang diaplikasikan oleh pelajar semasa sesi pembelajaran dalam kelas.
Secara umumnya, perancangan pentaksiran hendaklah bebas dari bersifat berat sebelah atau dipengaruhi oleh unsur-unsur ketidakadilan. Dalam konteks ini, guru hendaklah bersikap secara profesional dan keterbukaan. Pentaksiran yang dilaksanakan hendaklah dapat menunjukkan apa yang telah dipelajari hasil daripada sesi pembelajaran dalam kelas dalam bentuk sama ada tugasan bertulis, ujian dan kuiz.
Pentaksiran bukanlah sesuatu yang baru dalam sistem pendidikan di negara ini. Oleh itu, sistem pentaksiran perlu difahami dan dilaksanakan serta diaplikasikan oleh para guru semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran, guru dapat mengetahui tahap kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar. Selain itu guru dapat memantau kemajuan pelajar secara berterusan. Sebagai contoh, ujian bulanan yang dijalankan dalam tempoh masa 2 bulan sekali dalam menguji daya ingatan dan pemahaman pelajar terhadap pembelajaran yang telah dipelajari sebelum ini. Dengan pentaksiran, guru dapat memberi dan menetapkan penggredan serta dapat menentukan keberkesanan pengajaran dalam setiap sesi pengajarannya. Melalui pentaksiran yang dilaksanakan oleh para guru, dasar perlaksanaan ini telah dapat membuka mata masyarakat terutamanya ibu bapa bahawa pentaksiran ini dapat membantu meningkatkan tahap keberkesanan pendidikan kerana pentaksiran sebenarnya menilai tahap pencapaian pelajar khususnya dan guru secara amnya.
TUGASAN BERTULIS
Tugasan bertulis ialah tugasan yang termasuk dalam pentaksiran berasaskan alternatif yang ditaksir dalam bentuk pentaksiran secara autentik dan perlakuan. Melalui tugasan bertulis, tahap penguasaan pelajar terhadap tugasan yang diberikan dapat ditaksir berdasarkan kepada sikap, tingkah laku dan pembangunan sosial. Selain itu, pencapaian berasaskan persampelan pemikiran dapat ditaksir semasa pelajar dapat menyelesaikan tugasan dengan hasil yang dikehendaki agar objektif pembelajaran tercapai.
Tugasan bertulis adalah tugasan yang memberi pelajar peluang untuk menjawab secara bebas dan menginteprestasikan jawapan mereka ke dalam bentuk bertulis. Garapan idea dan pendapat hasil daripada dapatan maklumat yang diperolehi dan dirujuki boleh dikembangkan melalui hasil kerja pelajar secara kreatif dan inovatif. Tugasan bertulis melibatkan proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis para pelajar di samping mengaplikasi strategi pengajaran guru dan pembelajaran pelajar semasa dalam kelas. Tugasan bertulis merangkumi penulisan yang berbentuk esei, berstruktur, ulasan kajian penyelidikan sehinggalah kepada penyelidikan berperingkat seperti penghasilan kertas projek dan penghasilan manual.
Dalam melaksanakan tugasan bertulis, pada peringkat sekolah, guru-guru akan memberi bantuan dan galakkan kepada pelajar dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Selain itu, arahan pelaksanaan diberikan secara khusus agar objektif pembelajaran tercapai dan tidak lari dari matlamat asal tugasan tersebut. Melalui tugasan bertulis ini, tahap pencapaian pelajar dapat ditaksir melalui autentik dan pencapaian perlakuan. Kejayaan dalam menghasilkan tugasan bertulis yang diberikan oleh guru sama ada secara individu dan kumpulan dapat membentuk janaan idea dan pendapat pelajar ke dalam bentuk penulisan.
Dalam melaksanakan tugasan bertulis ini, para pelajar digalakkan mengolah dan mencipta idea kreatif dan inovatif berdasarkan kepada sumber rujukan yang ada. Maklumat yang diperolehi melalui sumber rujukan utama seperti buku teks, jurnal, buku rujukan, artikel dan sumber dari internet dapat ditranskripkan kepada tugasan bertulis tersebut dengan cara pencarian maklumat yang padat, ringkas dan jelas ataupun maklumat yang padat, jelas dan huraian setiap satu secara keseluruhan yang terdri daripada maksud dan contoh.
Strategi yang diterapkan oleh guru kepada pelajar seperi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta penerapan teori kecergasan pelbagai dapat menghasilkan satu produk tugasan bertulis yang kreatif di samping strategi lain seperti belajar cara belajar dan penggunaan ICT dalam pembelajaran.
KAEDAH MODEL TUGASAN BERTULIS
Dalam melaksanakan tugasan bertulis, terdapat beberapa kaedah yang perlu diikuti dalam perlaksanaannya. Antaranya ialah :
Tentukan topik bagi tugasan bertulis
Guru perlu menentukan topik bagi tugasan bertulis yang ingin dilaksanakan bersesuaian dengan tahap dan kebolehan pelajarnya.
Tentukan format penulisan
Guru perlu menentukan format penulisan yang dikehendaki dalam tugasan
yang diberikan kepada pelajar. Contohnya pengenalan, definisi, tujuan,
kekuatan, kelemahan, rasional dan sebagainya.
Penerangan mengenai tugasan
Guru perlu membuat penerangan kepada pelajar mengenai format penulisan yang dikehendaki supaya pelajar mendapat gambaran yang jelas mengenai tugasan yang diberikan.
Mengakses dan mengumpul maklumat
Pelajar perlu mengumpul serta mengakses maklumat yang berkaitan dengan tugasan daripada pelbagai sumber termasuklah dari buku, jurnal, artikel serta internet bagi memahami secara mendalam dan meluas mengenai tugasan tersebut.
Memproses maklumat
Pelajar perlu membuat pembacaan, menganalisis serta menghuraikan maklumat yang diperolehi secara terperinci dan sistematik.
Melaksanakan draf penulisan
Pelajar perlu melaksanakan draf tugasan yang diberi supaya mendapat gambaran idea yang ingin dipersembahkan melalui penulisan serta membuat penyemakan bersama guru yang bertindak sebagai pemudahcara atau fasilitator.
Mengedit draf dan kandungan penulisan
Setelah mendapat bimbingan draf penulisan daripada guru, pelajar perlu mengedit draf dan kandungan penulisan untuk penambahbaikan dan pemurnian tugasan bertulis.
Penghasilan penulisan
Penghasilan penulisan yang terakhir adalah untuk pentaksiran yang akan dilakukan oleh guru.
FUNGSI TUGASAN BERTULIS
Terdapat beberapa fungsi yang boleh dijadikan rujukan dalam melaksanakan pentaksiran secara tugasan bertulis. Antaranya ialah :
Menghasilkan idea, pandangan dan pendapat pemikiran yang dipersembahkan secara bertulis.
Memberi pemahaman mendalam dan meluas mengenai tajuk yang akan dibincangkan.
Membuahkan idea yang lebih kritis dan kreatif.
Mengaitkan sesuatu idea dengan pengalaman yang sedia ada.
Mengusulkan andaian baru.
Mengemukakan soalan-soalan kendiri.
Mengemukakan pelbagai kemungkinan yang wajar mengenai sesuatu tajuk.
Mengesan perkembangan pelajar dalam topik yang dibincangkan.
Menggalakkan tindak balas pelajar secara aktif kerana pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.
Memberi peluang kepada pelajar mengakses maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku rujukan, jurnal, artikel dan internet.
Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
CONTOH TUGASAN BERTULIS
Terdapat pelbagai tugasan bertulis yang boleh dilaksanakan secara autentik dan pencapaian perlakuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara contohnya yang boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dan Sains Sukan ialah :
Anda dikehendaki menyatakan secara ringkas bantuanl awal dalam pertolongan cemas bagi kecederaan ringan patah dan terseliuh. Terangkan cara melaksanakan bantuan awal bagi patah dan terseliuh.
Anda dikehendaki menyediakan manual pengurusan stor sukan atau bilik sukan.
Anda diminta mencipta satu buletin ringkas yang padat dengan info terkini untuk diedarkan semasa Bulan Kecergasan peringkat sekolah.
Anda diminta mencipta satu soalan berstruktur mengikut stesen untuk digunakan semasa aktiviti Pertandingan Explorace sempena Hari Kokurikulum peringkat sekolah.
Anda diminta menganalisis dan menyenaraikan perbezaan antara lompat jauh dan lompat kijang dari aspek biomekanik.
KEKUATAN TUGASAN BERTULIS
Terdapat beberapa kekuatan dalam melaksanakan tugasan bertulis. Antaranya ialah :
Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang diperolehi dari pelbagai sumber.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, mencabar dan menyeronokkan.
Dapat mengadaptasi tahap penguasaan pelajar dalam pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.
Dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar dalam penghasilan penulisan.
Memudahkan pelajar dalam penguasaan maklumat pembelajaran dan pencambahan idea seperti pembelajaran akses kendiri seperti membaca, menghurai dan perbincangan idea dan pendapat mereka.
KELEMAHAN TUGASAN BERTULIS
Dalam melaksanakan tugasan bertulis kepada pelajar, masih lagi terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki dan perlu penambahbaikkan. Antaranya ialah :
Kurang sesuai dilaksanakan oleh pelajar yang kurang berpengalaman dan pelajar yang taraf pencapaian akademik yang lemah.
Terdapat kesalahan dalam mentafsir maklumat yang diperolehi dalam tugasan bertulis.
Idea atau pendapat yang dikemukakan dalam tugasan bertulis kurang jelas.
Perbezaan kebolehan pelajar menyukarkan pelaksanaan tugasan bertulis.
Tajuk tugasan bertulis mungkin berlaku pemesongan kerana taraf pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar adalah lemah.
Pelajar yang kurang pengalaman lebih suka meniru secara langsung bahan atau bantuan yang diberikan berbanding tugasan sebenar yang menghendaki pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif.
Dapatan tugasan dan komen yang diterima daripada guru boleh melemahkan semangat pelajar dan mengurangkan keyakinan diri pelajar.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta Sains Sukan, didapati bahawa satu anjakan paradigma perlu diaplikasikan oleh para guru dalam mentaksir pencapaian pelajar selaras dengan standard kurikulum dirangka oleh kerajaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang mahu melahirkan modal insan yang cemerlang dalam aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Melalui perlaksanaan pentaksiran berasaskan autentik dan perlakuan ini, tahap kognitif, psikomotor dan afektif pelajar dapat diukur dan dinilai mengikut nilai standard yang telah ditetapkan. Walaupun sistem pentaksiran tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, satu modul uji dan ulang uji perlu dilaksanakan agar nilai standard dapat diwujudkan seterusnya menjadi sumber rujukan utama.
Tugasan bertulis adalah merupakan satu kaedah yang boleh dilaksanakan dalam mentaksir tahap penguasaan pelajar semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas yang lebih fokus kepada aspek pentaksiran pemikiran secara kreatif dan kritis serta belajar cara belajar.
Melalui pentaksiran, guru dapat mentaksir pelajar dan pelajar dapat menilai tahap kemampuan diri dalam penguasaan subjek atau tugasan yang diberikan. Oleh itu, keberkesanan pentaksiran berpusatkan pelajar dapat dilaksanakan secara langsung dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pentaksiran yang dilaksanakan haruslah mempunyai skala atau norma yang standard dan boleh dijadikan sebagai sumber rujukan yang telus dan mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
RUJUKAN
Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa.(1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan.
(Edisi Kedua).Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. (2003). Belajar berfikir. Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Buck, M. M., Lund, J. L., Harisson, J. M., & Cook, C. B. (2007). Instructional strategies for secondary school physical education (6th ed.). Boston: Mc Graw Hill.
Mok Soon Sang. (2002). Ilmu pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Teng Boon Tong.(1989). Falsafah Pendidikan. Petaling Jaya
http:// kheru2006.i8.com/teori_pengukuran_asas.htm
http://homeschooling.suite101.com/article.cfm/a_creative_writing_assignment#ixzz0LZSAUOZJ
http://www.essaytown.com/writing/assignment-writing
Tuesday, June 14, 2011
TUGASAN BERTULIS
Posted by Mohd Izwan Bin Shahril at 5:31 PM 4 comments
Pentaksiran Guru Terhadap Kemahiran Kajian Penyelidikan Pelajar
Tajuk Artikel: Pentaksiran Guru Terhadap Kemahiran Kajian Penyelidikan Pelajar.
Penulis : Karel Stokking, Marieke van der Schaaf, Jos Jaspers, Gijsbert Erkerns.
Institusi : University of Utrecht, The Netherlands
Ulasan Jurnal :
Jurnal ini menerangkan kemahiran pentaksiran baru yang lebih kompleks dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru kepada pelajar yang lebih bersifat kepada pentaksiran secara autentik. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran membuat penyelidikan oleh para pelajar. Walaupun kajian penyelidikan pelajar ini merupakan sebahagian daripada teknik pentaksiran alternatif kepada guru, terdapat segelintir guru yang yang masih meragui ketulusan kriteria pentaksiran kajian penyelidikan pelajar kerana adakah ciri-ciri pentaksiran tersebut selaras dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Keraguan tersebut wujud kerana tiadanya kesahan dan kebolehpercayaan yang menyokong skala pemberiaan markah kepada hasil kerja kajian pelajar.
Secara kesimpulannya, untuk membentuk amalan pentaksiran alternatif secara profesional dan diguna pakai oleh guru-guru di sekolah, guru-guru pakar adalah dikehendaki mereka bentuk satu skoran rubrik yang standard supaya teknik pentaksiran alternatif ini dapat diaplikasikan sama ada secara ujian formatif dan ujian sumatif.
Di kebanyakkan negara, pendidikan adalah lebih menjurus kepada kemahiran baru dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih kepada kontruktivisme dan pentaksiran alternatif seperti pentaksiran autentik dan pentaksiran perlakuan.
Menurut Linn dan rakan-rakan, dengan memberikan tugasan kepada pelajar dalam bentuk penyelidikan, kemahiran pelajar dapat dilihat semasa mereka mencari tajuk yang sesuai, menyelesaikan masalah dan memberi interaksi yang positif ketika bersama dengan guru sekiranya mereka menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan tersebut.
Melalui kajian penyelidikan, pentaksiran kepada pelajar dapat dijalankan secara telus dan ianya boleh digunakan dalam kelas sebagai salah satu kaedah pengajaran guru kepada pelajarnya. Walau bagaimanapun, pendekatan yang dinyatakan oleh Linn dan rakan-rakan tidak disokong oleh Hambleton dan Murphy kerana pendapat mereka potensi pelajar tidak dapat dilihat dan dinilai dengan jelas dan tepat. Pendapat ini disokong oleh De Groot dan Baker di mana tugasan yang berasaskan kepada peperiksaan adalah diperlukan untuk menilai prestasi pelajar di akhir pembelajaran.
Isu bagaimanakah guru menilai dan metaksir tugasan penyelidikan pelajar tidak akan berakhir sehinggalah guru menyenarai dan menetapkan kriteria pentaksiran tersebut. Antara contoh pentaksiran adalah lebih menjurus kepada skoran rubrik di mana guru dapat memberikan kriteria penilaian dalam bentuk matriks yang mengandungi objektif pembelajaran dan aras pencapaian pelajar tehadap tugasan yang diberi.
Secara kesimpulannya, guru boleh menilai pelajar melalui pentaksiran berasaskan tugasan kajian penyelidikan yang diberikan oleh guru tersebut. Melalui kajian penyelidiikan ini, pentaksiran secara autentik dapat dinilai berdasarkan kepada skoran rubrik yang dibina mengikut standard oleh guru terbabit.
Perbandingan Pentaksiran Kurikulum :
Berdasarkan kepada kurikulum luar negara seperti di Britain dan Amerika Syarikat, sistem pendidikan di negara Malaysia masih lagi di tahap atau di takuk yang lama. Anjakan paradigma para guru dalam mentaksir pencapaian pelajar mula diterapkan dalam kurikulum selepas kerajaan merangka standard kurikulum melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang mahu melahirkan modal insan yang dijadikan teras pembelajaran. Berikutan kepada perubahan kurikulum tersebut, kerajaan akan membangunkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang lebih menilai kepada aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam melahirkan insan yang seimbang dalam jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Perbezaan sistem pentaksiran antara negara maju dengan Malaysia ternyata berbeza kerana sebelum ini pendidikan di Malaysia lebih banyak menilai pelajar melalui peperiksaan semata-mata. Oleh itu, sistem pentaksiran yang berpusatkan kepada pelajar diserapkan agar pelajar dapat dinilai sepanjang proses pembelajarannya. Tujuan utama perubahan ini adalah untuk memberi maklumat yang tepat, menyeluruh dan adil, menjadikan pendidikan di sekolah sesuatu yang menyeronokkan, bermakna dan tidak berorientasikan pendidikan semata-mata.
Kemajuan negara maju dalam mentaksir pelajarnya boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dalam mentaksir pelajar kita mengikut norma yang standard dan boleh digunakan untuk jangkamasa panjang. Selain itu, norma atau skoran aspek pentaksiran juga hendaklah mempunyai aras kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi bagi membuktikan pentaksiran tersebut adalah betul.
Walaupun sistem pendidikan telah mengamalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang diterapkan dalam subjek yang berasaskan peperiksaan seperti Folio atau Tugasan Individu dalam subjek seperti Kemahiran Hidup, Sejarah, Geografi, Pendidikan Seni dan Visual dan sebagainya, masih lagi terdapat keraguan antara pelajar, ibu bapa dan masyarakat dalam mempersoalkan kemampuan pentaksiran guru dalam menilai tugasan tersebut. Walaupun telah diberikan skema jawapan, keraguaan itu masih lagi menggangu pemikiran tahap pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
Kekuatan dan Kelemahan :
Walaupun terdapat perbezaan pandapat antara Linn dan rakan dengan Hambleton dan Murphy, didapati bahawa pentaksiran adalah satu alat untuk menilai tahap prestasi pelajar melalui tugasan yang diberikan berbentuk kajian penyelidikan atau di Malaysia di peringkat sekolah di panggil folio manakala di peringkat institute pengajian tinggi kajian penyelidikan ini dipanggil dengan tesis atau kertas projek atau disertasi.
Keraguan dalam menilai kajian penyelidikan dikatakan faktor utama mengapa ada segelintir guru yang tidak yakin menggunakan system pentaksiran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka semasa dalam kelas. Selain itu, faktor ketelusan dan kejujuran guru dalam menilai dan mentaksir tahap prestasi pelajar di samping kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran dijadikan kayu ukur sama ada ianya boleh mencapai tahap objektif dan matlamat yang telah ditetapkan oleh guru tersebut. Rentetan daripada itu, satu skoran rubrik haruslah dibina secara standard dalam memastikan pentaksiran adalah mencapai objektifnya. Sebahagian daripada pentaksiran adalah tugasan dan pentaksiran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, tugasan kajian penyelidikan direka, dibina dan dibentuk untuk memberi motivasi kepada pelajar. Selain itu, ia membentuk guru supaya peka mengenai permasalahan pembelajaran dan dapat memberi pelajar maklumbalas yang berguna.
Penutup dan Kesimpulan
Berdasarkan kepada jurnal di atas didapati bahawa guru diharapkan dapat mengaplikasikan sistem pentaksiran autentik dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru digalakkan membuat penambahbaikkan terutamanya kualiti amalan pentaksiran guru supaya lebih eksplisit dan ada standard skoran rubrik ataupun standard dokumentasi. Selain itu, skoran tersebut hendaklah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi selain penerimaan dan penggunaan pentaksiran adalah secara praktikal.
Untuk membina standard pentaksiran yang lebih baik, satu kajian secara empirikal haruslah dilaksanakan. Sebagai contoh, tugasan kajian penyelidikan adalah merupakan salah satu alat pengukuran yang berasaskan kepada pentaksiran.
Rujukan
http:// kheru2006.i8.com/teori_pengukuran_asas.htm
Teng Boon Tong.(1989). Falsafah Pendidikan. Petaling Jaya
Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa.(1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan. (Edisi Kedua).Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Stokking. K,Van Der Schaaf.M, Jaspers.J, Erkens.G. (2004). Teachers’ Assessment of Students’ Research Skills. British Educational Research Journal, 30, 93-116
Posted by Mohd Izwan Bin Shahril at 5:20 PM 1 comments
KERANGKA CADANGAN PENNYELIDIKAN
Kajian yang dicadangkan amat menarik kerana terdapat di sekolah yang mengamalkan tempe utk perkembangan dan prestasi atlet. Kebiasaannya tempe akan diberikan kepada atlet semasa separuh masa dalam sesuatu pertandingan contohnya dalam permainan bola sepak.
OBJEKTIF
a. Mengenalpasti kandungan nutrien dalam soya.
b. Mengenalpasti kemampuan nutrien dalam soya bagi meningkatkan prestasi atlit.
c. Mengenalpasti kriteria permainan yang sesuai dengan kandungan nutrien dalam soya.
PERSOALAN
a. Apakah kandungan nutrien dalam soya?
b. Sejauhmanakah kandungan nutrien dalam soya membantu prestasi atlit?
c. Apakah kriteria permainan yang sesuai dengan kandungan nutrien dalam soya?
Posted by Mohd Izwan Bin Shahril at 5:11 PM 2 comments