1.0 MAKLUMAT BAHAN BANTU MENGAJAR
Tajuk pembelajaran yang dimuatkan dalam bahan bantu mengajar iaitu ikatan dan simpulan. Terdapat lapan sub topik dalam bahan bantu mengajar ini iaitu objektif, pengenalan, simpulan manuk, simpulan buku sila, simpulan tindih kasih, simpulan rama-rama, situasi penggunaan dan kesimpulan.
1.1 OBJEKTIF
Di sepanjang pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar dapat :
Psikomotor :
Melakukan ikatan dan simpulan Tindih Kasih, Manuk, Rama-Rama dan Buku Sila dengan teknik dan cara yang betul.
Kognitif :
Menyatakan secara lisan fungsi dan kegunaan ikatan dan simpulan mengikut situasi tertentu dengan betul.
Afektif :
Menunjukkan sifat bekerjasama dan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
1.2 PENGENALAN
Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad-abad lamanya. Sukar di kesan, siapakah yang mula-mula menggunakan simpulan dan ikatan ini. Dipercayai penduduk Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lepas. Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan. Tali digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Terdapat empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan.
i. Simpulan (knotting)
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh simpulan seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.
ii. Ikatan (lashing)
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan seperti ikatan seraya, ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak
iii. Sambat (splicing)
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa digunakan. Contoh sambat seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.
iv. Mematikan hujung tali (whipping)
Seseorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum tali itu di matikan. Ia bertujuan supaya tali tidak terburai di hujungnya. Contoh ikatan seperti lilit pemati biasa, lilit pemati selit dan sambat balik.
1.3 SIMPULAN MANUK
Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.• Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan. Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet.
1.4 SIMPULAN BUKU SILA
Simpulan buku sila digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama besar dan merupakan simpulan yang tegap serta tidak mudah lucut. Ia juga digunakan untuk mengikat benda-benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.
1.5 SIMPULAN TINDIH KASIH
Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut. Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang. Simpulan ini berperanan sebagai penghubung kepada tali sebagai contoh mendirikan ampaian, penyambung kepada khemah.
1.6 SIMPULAN RAMA-RAMA
Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling selamat, kuat, dan mudah terikat. Simpul ini mudah terikat di tengah sebuah tali apabila anda tidak memiliki tambatan akhir. Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali, ikatkan sebuah stopper knot bebas (contohnya simpulan angka no.8) ke hujung tali untuk memastikan keselamatan.
1.7 SITUASI PENGGUNAAN
Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi lima orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membuat gajet seperti rak kasut, tempat pinggan mangkuk, ampaian atau lain-lain gajet mengikut kreativiti kumpulan. Gajet yang dibuat perlu menggunakan kemahiran simpulan dan ikatan yang telah dipelajari.
1.8 KESIMPULAN
Secara kesimpulan ikatan dan simpulan dapat dibahagikan kepada beberapa penggunaannya seperti mendaki, kehidupan seharian, memancing, seni, pengakap, mencari dan menyelamat serta bidang perkapalan dan sebagainya.
2.0 PROSEDUR PELAKSANAAN
Prosedur pelaksanaan bahan bantu mengajar ini amat mudah dan mesra pengguna serta mempunyai maklumat pembelajaran yang berkesan. Guru hanya perlu mengikut arahan yang tertera di software dalam proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Semua maklumat berkaitan sub tajuk pembelajaran terkandung dalam software ini berserta dengan paparan video yang memudahkan pelajar memahami dan mengikuti ansur maju dalam sesi amali. Berikut adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang terkandung di dalam software ini.
Tajuk Pembelajaran : Rekreasi (Ikatan dan Simpulan).
Fokus Pembelajaran : Kemahiran ikatan dan simpulan Manuk (Clove Hitch),
Tindih Kasih (Bowline), Buku Sila (Reef Knot) dan
Rama-Rama (Buterfly).
Pengetahuan awal murid : Pelajar pernah melibatkan diri dalam aktiviti
perkhemahan.
Objktif Pembelajaran : Di sepanjang pengajaran dan pembelajaran, pelajar-
pelajar dapat :
Psikomotor : i) Melakukan ikatan dan simpulan Tindih Kasih,
Manuk, Rama-Rama dan Buku Sila dengan teknik dan
cara yang betul.
Kognitif : i) Menyatakan secara lisan fungsi dan kegunaan
ikatan dan simpulan mengikut situasi tertentu
dengan betul.
Afektif : i) Menunjukkan sifat bekerjasama dan kesungguhan
dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
Persediaan Pelajar : Tali.
Persediaan guru : Alat bantu mengajar (Komputer, LCD, Slaid, Video,
Tali dan lembaran kerja)
Set Induksi
i.Pelajar dipaparkan dengan gambar situasi perkhemahan, memancing, dan mendaki agar menarik perhatian pelajar terhadap topik yang akan diajar.
ii.Guru bertanyakan apakah kemahiran-kemahiran yang penting dalam situasi yang disaksikan oleh pelajar.
Langkah 1 : Pengenalan
i.Guru menerangkan jenis-jenis tali untuk membuat ikatan dan simpulan.
ii.Guru menerangkan jenis-jenis ikatan dan simpulan serta fungsi dan peranannya mengikut keadaan.
iii.Kemahiran ikatan dan simpulan Manuk, Tindih Kasih, Seraya dan Rama-Rama diberikan penekanan kerana ia merupakan kemahiran yang akan dipelajari.
iv.Cara penjagaan tali juga diterangkan oleh guru kepada pelajar.
(*Kesemua maklumat ditayangkan menggunakan slaid dengan gambar-gambar menyokong perincian penerangan oleh guru)
Langkah 2 : Ikatan dan Simpulan Manuk (Clove Hitch)
i.Pelajar dipaparkan dengan langkah-langkah membuat ikatan dan simpulan Manuk.
ii.Setelah tayangan tersebut pelajar dikehendaki mengaplikasinya dengan mengikuti langkah-langkah yang disaksikan.
iii.Paparan diulang sekiranya pelajar tidak memahami cara membuat simpulan tersebut dan guru serta buddy system turut membantu kepada pelajar yang lemah.
iv.Setelah kesemua pelajar dapat menguasi kemahiran tersebut, guru menerangkan pula kemahiran ikatan dan simpulan seterusnya.
Langkah 3 : Ikatan dan Simpulan Tindih Kasih (Bowline)
i.Pelajar dipaparkan dengan langkah-langkah membuat ikatan dan simpulan Tindih Kasih.
ii.Setelah tayangan tersebut pelajar dikehendaki mengaplikasinya dengan mengikuti langkah-langkah yang disaksikan.
iii.Paparan diulang sekiranya pelajar tidak memahami cara membuat simpulan tersebut dan guru serta buddy system turut membantu kepada pelajar yang lemah.
iv.Setelah kesemua pelajar dapat menguasi kemahiran tersebut, guru menerangkan pula kemahiran ikatan dan simpulan seterusnya.
Langkah 4 : Ikatan dan Simpulan Rama-Rama (Buterfly)
i.Pelajar dipaparkan dengan langkah-langkah membuat ikatan dan simpulan Rama-Rama.
ii.Setelah tayangan tersebut pelajar dikehendaki mengaplikasinya dengan mengikuti langkah-langkah yang disaksikan.
iii.Paparan diulang sekiranya pelajar tidak memahami cara membuat simpulan tersebut dan guru serta buddy system turut membantu kepada pelajar yang lemah.
iv.Setelah kesemua pelajar dapat menguasi kemahiran tersebut, guru menerangkan pula kemahiran ikatan dan simpulan seterusnya.
Langkah 5 : Ikatan dan Simpulan Buku Sila (Reef Knot)
i.Pelajar dipaparkan dengan langkah-langkah membuat ikatan dan simpulan Buku Sila.
ii.Setelah tayangan tersebut pelajar dikehendaki mengaplikasinya dengan mengikuti langkah-langkah yang disaksikan.
iii.Paparan diulang sekiranya pelajar tidak memahami cara membuat simpulan tersebut dan guru serta buddy system turut membantu kepada pelajar yang lemah.
iv.Setelah kesemua pelajar dapat menguasi kemahiran tersebut, guru meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan situasi sebenar melalui paparan.
Kemuncak
i.Pelajar perlu membuat ikatan dan simpulan yang sesuai berdasarkan situasi yang dipaparkan melalui gambar dan video.
ii.Terdapat beberapa gambar situasi dan video yang memerlukan pelajar berfikir sebelum membuat keputusan jenis ikatan dan simpualan yang perlu dibuat berdasarkan paparan tersebut.
iii.Guru memilih pelajar untuk menerangkan jenis ikatan dan simpulan yang dilakukan berdasarkan situasi yang dipaparkan.
iv.Guru perlu memantau hasil kerja pelajar dan memberikan pengukuhan berkaitan fungsi dan peranan ikatan dan simpulan.
Penutup
i.Guru bertanyakan soalan kepada pelajar berkaitan ikatan dan simpulan yang telah dipelajari.
ii.Guru memilih pelajar secara rawak untuk menunjukkan ikatan dan simpulan yang telah dipelajari dan membuka soalan kepada pelajar sekiranya terdapat kemuskilan.
iii.Guru memberikan lembaran kerja berkaitan kemahiran ikatan dan simpulan yang dipelajari untuk diselesikan oleh pelajar di rumah sebagai pengukuhan pembelajaran.
3.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahan bantu mengajar ini melalui tiga kaedah iaitu secara kuliah, tunjuk cara atau demostrasi dan berasakan pelajar (kendiri).
i. Kaedah Kuliah
Kaedah kuliah digunakan oleh guru secara aktif yang mana semasa penyampaian pelajar dibenarkan untuk bertanya sekiranya terdapat kemusykilan dan permasalahan berkaitan dengan tajuk pembelajaran. Interaksi dua hala perlu diwujudkan agar pembelajaran aktif dapat diterapkan. Bagi menjadikan maklumat yang disampaikan menarik, guru perlu menggunakan kreativiti dalam bahan bantu mengajar seperti video, paparan slaid, grafik animasi dan sebagainya. Guru perlu menyampaikan maklumat penting sahaja dan ia perlu disokong oleh bahan bantu mengajar.
ii. Kaedah Demonstrasi atau Tunjuk Cara
Kaedah ini membolehkan pelajar melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan sekaligus mengetahui cara, teknik, objektif atau matlamat tugasan yang diberikan. Maklumat yang ingin disampaikan boleh ditunjukkan melalui video, grafik dengan iringan muzik agar ia menjadi lebih menarik minat pelajar. Hasil daripada paparan tersebut pelajar dapat melihat sendiri contoh sesuatu kemahiran atau prosedur sebenar dilaksanakan dan secara tidak langsung pelajar dapat mengikuti contoh yang telah diperhatikan dengan baik.
iii. Berasaskan Pelajar (Kendiri)
Walaupun semasa proses penerangan kaedah kuliah digunakan, namun pelajar perlu melakukan tugasan secara kendiri yang mana pelajar dapat menilai sendiri tugasan yang dilaksanakan. Penerangan awal hanya maklumat penting sahaja dan selebihnya pelajar perlu melakukan tugasan secara maksimum. Semasa pelajar melakukan tugasan, guru perlu memantau dan memberi teguran sekiranya ada kesalahan yang dilakukan. Buddy system juga berperanan dalam membantu pelajar belajar kemampuan pelajar dalam melaksanakan tugasan yang adalah berbeza.
iv. Penemuan Terbimbing
Hasil daripada pemerhatian dan amali yang dilakukan oleh pelajar, pelajar dikehendaki menyesuaikan tugasan dengan situasi yang diberikan oleh guru. Kaedah ini dikenali sebagai penemuan terbimbing atau kaedah limitasi (Bilbrough & Jones, 1968). Dengan kaedah ini ia dapat memberikan pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Melalui pendekatan dapat mengembangkan tahap kognitif sekaligus memupuk pembangunan arah kendiri.
4.0 FAEDAH BAHAN BANTU MENGAJAR
Terdapat beberapa faedah penggunaan bahan bantu mengajar ini yang mana diharapkan ia dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memberikan hasil yang baik kepada pelajar dan guru.
i.Menyediakan satu panduan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang mudah serta dapat mengoptimumkan penggunaan masa guru dan pelajar.
ii.Memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan secara berkesan.
iii.Membolehkan para pelajar berdikari dalam melakukan aktiviti tertentu untuk memenuhi sebarang tugasan.
iv.Mencetuskan satu perbincangan yang menarik di kalangan pelajar dan guru.
v.Memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai kepentingan dan komponen sistem komputer dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kepada guru.
E. PENUTUP
Secara kesimpulannya bahan bantu mengajar ini sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ikatan dan simpula. Bagi menggunakan bahan ini, guru perlulah mengikut arahan yang tertera dalam software agar proses pengajaran dan pembelajaran akan memberikan hasil yang bermakna. Penggunaan komputer dalam bahan bantu mengajar ini dapat menimbulkan minat pelajar dan daya usaha para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan bahan bantu mengajar ini memberi manfaat kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana menjimatkan masa serta dapat digunakan masa pengajaran secara keseluruhan. Penggunaan bahan bantu mengajar ini juga dapat mewujudkan pembelajaran kendiri dan meningkatkan motivasi serta memberi peluang yang sama terhadap semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan. Falsafah pengajaran berfokuskan pelajar menghasilkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Guru akan menyediakan masalah dan masalah tersebut akan diselesaikan oleh pelajar. Pelajar akan berusaha dan berfikir dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan sekaligus membentuk pembangunan kognitif pelajar.
Sunday, March 20, 2011
BAHAN BANTU MENGAJAR (IKATAN DAN SIMPULAN)
Posted by Mohd Izwan Bin Shahril at 6:11 AM 4 comments
KRITIKAN JURNAL : Amateur Body builder Self-Concept: An Exploratory Examination
A. MAKLUMAT ARTIKEL
Tajuk : Amateur Bodybuilder Self-Concept: An Exploratory Examination
Nama Penulis : Jeanne Mekolichick, Radford University Department of Sociology
and Anthropology
Nama Jurnal : Sociology of Sport Online
B. ULASAN ARTIKEL
Kajian yang dilakukan oleh penyelidik adalah untuk menilai konsep kendiri pada atlet bina badan amatur. Dalam kajian ini beberapa persatuan telah mengambil bahagian dalam kajian yang telah dijalankan. Kaedah kajian ini dilakukan melalui pos. Terdapat tiga hipotesis telah dikemukan dalam kajian yang dilakukan ini. Pertama, apabila ahli bina badan merasakan identiti diri sangat penting, maka darjah ketulenan terhadap identiti akan meningkat. Kedua, apabila ahli bina badan merasakan identiti sangat penting, maka darjah menghargai pengalaman diri akan meningkat. Ketiga, apabila ahli bina badan merasakan identiti sangat penting, maka darjah menghargai pengalaman diri akan meningkat.
C. ISU UTAMA
Kajian ini dilakukan ke atas lima orang atlet bina badan Kebangsaan Amerika Syarikat yang mana kaedah sampel secara rawak digunakan bagi mendapatkan data kajian.
Kajian ini dijalankan menggunakan tiga alat iaitu Skala Rosenberg Self-Esteem bagi menguji Self-Esteem (harga diri) atlet. Skala Self-Mastery pula digunakan bagi menguji Self-Efficacy dan untuk menguji Psychological Centrality penguji mengemukan beberapa soalan untuk mendapatkan tahap sebenar atlet tersebut dalam pembentukan konsep kendiri atlet.
D. FAKTOR KEKUATAN DAN KELEMAHAN
Kajian ini melibatkan 615 orang ahli NBBA. Kajian ini menggunakan kaedah pos. Borang pertama dalam pra ujian telah dihantar pada awal bulan September, kemudian selang empat minggu borang soal selidik kedua dihantar untuk mendapatkan maklumat. Soal selidik yang berjaya menemui sasaran ialah 553. Jumlah keseluruhan 193 instrumen diterima dan hanya 190 yang dapat digunkan untuk mendapatkan data.
E. KESIMPULAN DAN PENUTUP
Selepas semua kajian mengenai konsep kendiri dijalankan, keputusan mendapati bahawa beza umur atlit yang diambil ialah antara 17 hingga 76 tahun iaitu kira-kira 33.9 tahun. Tahap pendidikan atlit merangkumi taraf sekolah tinggi, penuntut kolej, penuntut sekolah teknik, pemegang ijazah pertama yang mempunyai pendapatan antara 40-60,000 US dollar setahun. Hasil kajian menunjukkan hipotesis pertama iaitu apabila ahli bina badan merasakan identiti diri sangat penting, maka darjah ketulenan terhadap identiti akan meningkat dan ia amat disokong berdasarkan dapatan kajian. Kedua, apabila ahli bina badan merasakan identiti sangat penting, maka darjah menghargai pengalaman diri akan meningkat dan ia amat tidak signifikan dengan dapatan kajian tersebut. Ketiga, apabila ahli bina badan merasakan identiti sangat penting, maka darjah menghargai pengalaman diri akan meningkat ia juga amat tidak signifikan dengan dapatan kajian.
Posted by Mohd Izwan Bin Shahril at 6:06 AM 3 comments